Tuesday, 14 January 2014

Temubual Bersama Srikandi




Sejarah Melayu ibarat sebuah manifestasi yang misteri dan disembunyikan.Ibarat permata yang tertanam di dalam lumpur sejarah dunia...menanti untuk dicari dan dijumpai.Bersama kami ialah pengkaji sejarah Melayu dan pengasas punk_historian,iaitu organisasi internet dalam mendidik masyarakat khasnya komuniti anak-anak Melayu tentang kepentingan sejarah,khususnya sejarah Melayu.Srikandi,atau dikenali sebagai Cik Srikandi di Facebook atau Cik Seri adalah penggiat sejarah Melayu secara bawah tanah (underground).Antara kejayaannya yang mungkin kecil tapi besar ertinya untuk kesedaran sejarah ialah berjaya melobi Wikipedia untuk memasukkan fakta bahawa Prasasti Dong Yen Chau di Vietnam iaitu yang diukir oleh raja Champa sekitar abad ke-4 Masehi adalah lebih tua dari Prasasti Kedukan Bukit,menggunakan bahasa Melayu Tua.

Srikandi akan ditemubual oleh Abigail dan Priest,yang akan menanyakan soalan-soalan berkisar sejarah Melayu dan trivia,juga akan meminta Srikandi berkongsi kisah peribadi untuk tatapan peminat seperti teman lelaki,makanan dan minuman yang digemari dan ya...tentang apa yang gemar dimasaknya.

Selamat membaca


-Lonecryer


Temubual ini dijalankan melalui media sosial berbayar peribadi yang dienkripsi.



S:Srikandi

A:Abigail

P:Priest




A:Kita mulakan sekarang?

S:Ya

A:Saya telah meneliti Siri 'The Origin of The Sea Dragon' untuk ATBM v4.0,soalannya apakah yang Srikandi cuba ingin sampaikan kepada pembaca?

S:Signifikan tradisi naga dengan nenek moyang Melayu.Juga menggali rahsia nama 'merong' yang digunakan sebagai nama seorang raja Melayu yang memerintah Langkasuka.Saya ingin kaitkan tentang ini dan semua petunjuk ini membawa kepada perkaitan Maya dengan Melayu.Kemudian apabila meneliti tradisi naga di Amerika Tengah,kita menemui legenda Kukulkan yang merupakan 'ular berbulu'.Saya merasa aneh,mengapa berbulu?Apa fungsi bulu itu?Untuk terbang?Sebab kebanyakan imej-imej naga di seluruh dunia mempunyai sayap dan boleh terbang.Setelah menggali teks kuno dalam Papal Voh,saya mengerti bahawa bulu itu adalah bekas atau apungan ketika ular itu dilahirkan di tengah laut.Maka inilah tradisi 'The Sea Dragon' yang saya cari-cari.

A:Apa perkaitan Melayu dengan Maya?

S:Bahasa,budaya dan legenda.Budaya,saya suka mengaitkan dengan kaum-kaum pribumi Austronesia atau Proto Melayu di Sarawak.Bahasa,saya sudah menyebutkan dalam artikel,terdapat sejumlah perkataan yang relevan dengan Maya,dan ini ditekankan oleh Tragear.

A:Pada pandangan Srikandi,bagaimana hubungan ini menjadi relevan?

S:Kelompok yang berbahasa Austronesia bergerak dalam beberapa kumpulan dan menyebar ke seluruh Pasifik dan Asia Tenggara.Dari Pasifik mereka menyebar ke benua Amerika dan tiba di Mesoamerika.Saya masih mengkaji,jika mereka berkahwin campur dengan pribumi sebelah Amerika Syarikat sementelah budaya pribumi Amerika juga mirip kaum-kaum pribumi Borneo.

P:Srikandi,dari mana datangnya kelompok Austronesia dan bangsa Melayu?

S:Kelompok Austronesia tinggal di pesisir pantai Asia Timur hingga ke Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik.Orang Melayu adalah salah satu kumpulan dalam kelompok Austronesia.Perlu difahamkan,Austronesia adalah istilah untuk kelompok linguistik bukan ras.

P:Bagaimana dengan kajian Dr. Zafarina yang mengatakan Melayu datang dari Dusun di Borneo.

S:Saya tidak mempertikaikan kajian beliau,cuma kajian beliau itu sebenarnya sebahagian dari puzzle dan beliau tidak dapat sebahagian puzzle lagi menyebabkan hasil kajian beliau seperti 'tergantung'.Bayangkan yang beliau membuat kesimpulan mengatakan Orang Melayu berhijrah dari Borneo ke Sumatera kemudian baru ke semenanjung.Adakah beliau belajar geografi?Di mana Sumatera?Di mana Borneo?Bagaimana arah tiupan monsun?Jika saya jadi orang Melayu yang kononnya berasal dari orang Dusun tu,saya akan singgah ke semenanjung dahulu sebelum ke Sumatera.Kecuali mungkin ingin bersusah payah,saya ikut Lautan Hindi dan sampai ke Sumatera tanpa menemui Selat Melaka.Adakah itu logik?Dr. Zafarina banyak bermain dengan genetik dan tidak membuat cross-reference dengan rekod-rekod sejarah,budaya,antropologi dan kelompok bahasa secara intensif.Bagaimana dengan kajian Genome yang mengatakan suku mongoloid sebenarnya bergerak dari Asia Tenggara ke Tanah Besar/China?Bagaimana dengan Teori Yunnan?Dr.Zafarina juga mengatakan orang Kelantan adalah Melayu asli.Adakah orang Kelantan adalah Melayu pertama berhijrah dari Sumatera?Mengapa orang Kelantan duduk di Pantai Timur bukan di Pantai Barat menghadap Selat Melaka?Ini menunjukkan 'loophole' dalam ulasan beliau.Saya tak mengatakan 'loophole' dalam kajian tapi ulasan atau kesimpulan beliau yang agak kurang jitu tentang deduksi dari data-datanya.

P:Ini menarik.Apa yang Srikandi cuba mahu sampaikan tentang hasil penemuan Dr. Zafarina itu.

S:Kajian beliau hanya menguatkan bahawa Borneo adalah Punt iaitu pulau di mana legenda pelayar Mesir terdampar dan menemui 'The King of Serpent' dalam hikayat kerajaaan era pertengahan Mesir Purba.Juga menguatkan bahawa nama raja dan permaisuri Punt sebagaimana yang dicatat oleh delegasi Ratu Hatshepsut iaitu 'Perahu' dan 'Hati' merupakan bahasa Melayu Purba yang dituturkan di Borneo dan sekitarnya.Juga menguatkan dakwaan sarjana Khmer bahawa Sri Kambu dan Ajiraja,dua orang tokoh yang membawa tamadun ke Kemboja adalah berasal dari 'Kalimantan' iaitu Borneo.Legenda Ajiraja oleh Khmer seakan-akan sama dengan legenda Ajisaka di Jawa dan saya berpendapat,ia adalah orang yang sama.

P:Sila jelaskan apa yang menghalang Dr. Zafarina dalam kesimpulannya,maksud saya jika Srikandi boleh beritahu apa yang Dr. Zafarina tidak nampak?

S:Bukan tidak nampak,tapi tidak cukup pengetahuan semua perkara berkaitan bangsa Melayu dan Austronesia.Kita tidak boleh terlalu memikirkan secara sempit,kena berfikir secara kolektif.Para sarjana yang mengkaji Melayu gemar mencari satu titik pergerakan Melayu seolah-olah orang Melayu adalah satu kaum yang tidak ada kaitan bahasa dan budaya dengan bangsa lain.Kita kena faham bahawa bahasa Melayu adalah salah satu dari bahasa dalam kelompok Austronesia dan kelompok bahasa ini tersebar dari Pasifik hingga ke Madagaskar.Contohnya beliau mengatakan orang Kelantan adalah Melayu asli,saya boleh katakan orang Kelantan ialah 'orang Dusun' yang berhijrah dari Borneo dan sampai di Pantai Timur dahulu JIKA IKUT TEORI DUSUN BELIAU.Saya tidak akan menjadi dungu dengan berlayar melepasi Jawa ke Sumatera dan kemudian ke semenanjung,berjalan kaki merentasi Perak-Pahang dan menetap di Kelantan.Teori Yunnan contohnya.Jika orang Melayu dari Yunnan,adakah orang Hawaii juga dari Yunnan?Kita tidak boleh membuat andaian sesuka hati sebab Melayu milik kepada satu keluarga bahasa antara terbesar dan tertua di dunia.Kemudian timbul pula Teori Taiwan.Sebahagian sarjana mula kelamkabut dan mengubah teori mereka dengan membuat hikayat dongeng dengan mengatakan orang Melayu berasal dari Taiwan,berlayar ke Filipina dan ke Borneo kemudian baru ke semenanjung.Apa semua ini?Lebih baik saya membaca majalah Ujang dan Gila-gila dari melayan semua sarjana 'tergantung cerita' ini.

Sekejap dari Yunnan,sekejap dari Taiwan,sekejap dari Dusun di Borneo.Jadi saya ingin bertanya kepada Dr. Zafarina,mengapa pribumi Taiwan juga berbahasa mirip bahasa Melayu?Mengapa ada orang Dusun berlayar jauh ke Taiwan?

Sebenarnya ketika sarjana mereka-reka hikayat dongeng mereka itu,semasa dongeng mereka itu bergerak dari satu tempat ke satu tempat,ORANG MELAYU TELAH LAMA HIDUP DI SEMENANJUNG DAN KEPULAUAN ASIA TENGGARA.

A:Okay,bagaimana dengan piramid?Adakah orang yang membina Candi Sukuh adalah orang yang tahu senibina Maya di Mesoamerika.

S:Candi Sukuh saya berpendapat telah dibina bukan untuk agama Hindu.Ia dibina oleh kaum pagan sepertimana di Mesoamerika.Kemudian barulah objek-objek Hindu diletakkan kemudian oleh penganut Hindu Jawa.Patung-patung seperti 'orang Sumeria' dan 'Annunaki' adalah sangat aneh dan saya mengaitkan ini dengan buku Voyages of the Pyramid Builders karya Robert M. Schoch.

P:Boleh Srikandi jelaskan tentang Ajisaka?Siapa sebenarnya tokoh ini?

S:Ajisaka mengikut mitos Jawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa peradaban ke Jawa.Legenda Khmer juga mempunyai cerita yang sama.Menariknya nama raja ini juga hampir sama iaitu Ajiraja.Ajiraja dikatakan terdampar berdekatan Pergunungan Dangrek di Kemboja dan menubuhkan kerajaan di situ.Sarjana Khmer berpendapat yang Ajiraja tiba dari satu kawasan di 'Kalimantan'.Melalui cross-reference begini,saya berpendapat Ajisaka dan Ajiraja ialah salah satu konsep di mana raja-raja Melayu tiba dan terdampar dari Borneo,di mana bekas kerajaan 'Punt' pernah tertegak sejak era Hatshepsut.

A:Logikkah bangsa Melayu pernah wujud di zaman Mesir Purba?

S:Saya hanya katakan bahasa mungkin anda tidak percaya pada nama 'bangsa Melayu' tetapi bahasanya telah wujud dengan nama-nama seperti 'Perahu' dan 'Hati' dan menariknya dalam kosakata Mesir Purba,'Perahu' juga bermaksud 'boat' dan 'Hati' sebagai 'heart' (hati dalam masyarakat Melayu dahulu lebih kepada organ di dada)

P:Dari mana legenda Ajiraja ini muncul?

S:Pertama-tama saya menemui dalam satu manuskrip Mon ketika acara RAC (Royal Academy of Cambodia) dahulu yang menyentuh pasal Malay city-states.

A: Apa yang Srikandi jumpa dalam manuskrip Mon itu?

S: Catatan sami yang mengunjungi raja Tambralinga yang digambarkan sebagai 'segak bercahaya bagai Indra'.Ketika itu saudara raja tersebut di negeri selatan sudah berlainan agama.Saya menafsirkan ini sebagai raja Langkasuka yang memeluk Islam dan menjadi Kesultanan Patani.Kemudian saya menggali lagi dari mana keturunan raja ini.Dan saya menemui satu bab tentang seorang raja bernama Ajiraja.

P:Srikandi,kami ingin mengalih topik kepada hal-hal peribadi sedikit?Boleh?

S:Mana yang saya perlu berahsia,saya tidak boleh bercakap pasal itu.

P:Okay,sudah tentu para peminat di luar sana ingin tahu umur Srikandi?

S:Dari apa yang anda lihat,berapa umur saya?(temubual melibatkan webcam)

P:Di antara 20 hingga 25tahun?

S:(Srikandi tersenyum)Ramai orang menyangka saya sudah berumur bila melihat gaya penulisan saya.Buat makluman saya memang terlatih dalam bidang penulisan dari bangku sekolah lagi dengan mengikuti bengkel-bengkel penulisan anjuran pihak kementerian.

A:Siapa penulis idola Srikandi?

S:Faisal Tehrani,Zailiani Taslim,SN Keris Mas,SN Shahnon Ahmad dan beberapa lagi.Sebab itu bakat saya dikesan oleh Lonecryer ketika esei saya menang peringkat nasional dahulu.Selepas itu mereka menjemput saya menyumbang kepada Mistis Organization.

P:Bagaimana tekaan saya?

S:Hampir tepat.Cukup itu sahaja saya boleh beritahu tentang itu.

A:Apakah makanan kegemaran Srikandi?

S:Saya gemar masakan sambal tumis ikan bilis petai dan sambal tempoyak.Jika makanan barat,saya gemar stik dan chicken chop walaupun saya tahu chicken chop sebenarnya bukan dicipta oleh 'mat salleh' (Srikandi tersenyum)

P:Minuman?

S:Air Bandung Soya dan Milo Ais

A:Bagaimana dengan hobi memasak?Adakah Srikandi gemar memasak?

S:Sudah tentulah sebab saya perempuan (Srikandi ketawa kecil).Okay..okay...saya suka memasak sambal tempe dan nasi goreng kampung tapi dengan cara saya.Selain itu sudah tentu masakan Melayu lain seperti makanan kegemaran saya sambal tumis petai tu.Tidaklah pandai sangat...tapi bolehlah...

P:Srikandi masih 'single' kan?

S:Kenapa tanya macam tu?

P:Tentu peminat nak tau bila Srikandi akan mengakhiri zaman bujang.

S:(Srikandi terdiam lama)Saya mungkin akan melayari bahtera bahagia dalam masa terdekat dengan izin-Nya.

P: Bila tarikh bahagia itu?

S: Jika diizinkan-Nya,tahun hadapan tetapi tarikh belum ditentukan lagi.

A:Boleh beritahu siapa yang bertuah tu?

S:It's very very topsecret of all secret material inside MistisFiles which i ever know....anda takboleh tanya macam tu pada saya (Srikandi sedikit emosi)

A:Maafkan saya,jika soalan tadi tidak sesuai...

S:Tidak mengapa...(Srikandi cuba untuk senyum)

P:Srikandi,dalam fanpage Srikandi,ada yang mengkritik Srikandi sebagai angkuh dan keras kepala.Apa pendapat Srikandi?

S:Saya memang seorang yang tegas dalam mempertahankan sejarah Melayu.Saya benci kepada penyelewengan dan pembohongan kepada sejarah,semata-mata mahu mencapai cita-cita tertentu secara kotor.Saya akan libas mana-mana yang cuba kritik secara tidak ilmiah.Kadang-kadang saya sengaja bakar emosi pengkritik supaya mereka mengeluarkan seluruh mentaliti untuk menentang hujah saya.Ia bagus untuk percambahan minda.Jika mereka tewas dalam permainan saya,saya hanya boleh bertepuk tangan dengan kegagalan mereka mengawal tingkahlaku mereka (Srikandi tersenyum sinis)

P:Anda seorang yang licik.

S:(Srikandi ketawa)Yup...memang saya seorang yang licik.Apa yang hendak anda katakan?

A:Adakah Srikandi inginkan pengaruh atau sengaja mencetuskan kontroversi?

P: (mencelah)...atau publisiti murahan?

S:Saya bukan inginkan pengaruh atau apa yang anda berdua katakan itu...saya hanya perlukan perhatian kepada kebenaran sejarah.Kebenaran sejarah yang sekian lama saya perjuangkan.Jika saya mendapat kredit atas usaha saya,itu adalah token dari mata 'pinball' saya.Apa jua yang kita buat,pasti ada kesannya.

Err...boleh pendekkan temubual.Saya rasa masa sudah cukup.

P:Oh ya...saya ingin bertanya kejayaan Srikandi melobi Wikipedia...

S:Prasasti Dong Yen Chau yang merupakan prasasti yang menggunakan bahasa Melayu Tua lebih lama sebelum Prasasti Kedukan Bukit.Ini menolak teori dungu bahawa orang Melayu semata-mata dari Sumatera berasaskan bahasa Melayu berasal dari Sumatera semata-mata penemuan Prasasti Kedukan Bukit.Saya melobi sejak 2010 dan syukur Wikipedia baru sembuh dari penyakit buta sejarahnya.

A:Ada apa-apa pesanan terakhir?

S:Sudah tentu ada.Saya ingin berpesan kepada pihak kementerian supaya mengkaji kembali subjek sejarah di sekolah-sekolah.Saya selama ini sering menyalahkan cikgu-cikgu sekolah yang membantutkan sejarah realiti negara ini.Namun para guru menyalahkan pihak kementerian pula.Jadi saya ingin mendesak pihak kementerian supaya mengambil langkah proaktif dan realistik supaya fakta-fakta bohong seperti Temagi wakil Siam Ayuttahaya atau tarikh penubuhan Melaka yang berubah-rubah dapat dielakkan.Teori-teori dungu seperti Melayu berasal dari Taiwan,Yunnan atau India perlu dibanteras serta-merta.Kena buat buku teks sejarah dengan penuh ilmiah berpendidikan dan bermaruah.Saya melihat buku teks sejarah sekolah menengah macam sambil lewa dan seperti komik Naruto sahaja.Saya bukan memperlekeh,tapi sengaja membakar emosi anda untuk lebih proaktif selepas ini.

No comments:

Post a Comment