Tuesday, 14 January 2014

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXIII



Koji Ohnishi dari Fakulti Sains di Universiti Niigata telah membuat rumusan berdasarkan kajiannya terhadap pola-pola linguistik terhadap bahasa Maya,bahasa yang dituturkan oleh satu etnik Amerika Tengah yang pernah memiliki peradaban tinggi.Pengkaji Jepun itu mendapati bahasa Maya dimiliki oleh cabang Formosa dari kelompok bahasa Austronesia.Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa dalam kelompok Austronesia.

Apakah sebenarnya yang terjadi beribu-ribu tahun dahulu antara nenek moyang bangsa Melayu hari ini dengan bangsa Maya?Salah satu perkataan induk yang masih dikongsi oleh mereka sebelum berpecah ialah,'tanah' (land).

Kita akan mengkaji perkaitan antara Maya dengan Melayu,mengapa di bas-relief di Candi Penataran terukir imej kaum-kaum asli Amerika Tengah,Candi Sukuh yang bermodelkan piramid Maya dan hubungan suku-suku Austronesia Timur (Polinesia) dengan Maya.

Kita juga akan mengkaji kaitan antara Kukulkan dengan legenda Cham,'The Naga King's Daughter dan The King of Serpent yang dilihat oleh pelayar Mesir dalam
'Tale of the Shipwrecked Sailor',sebuah hikayat Mesir Purba berkenaan Punt,yang digelar The Land of Gods.Orang Mesir Purba percaya nenek moyang mereka berasal dari Punt.

Dalam kajian ini,kita akan lihat bahawa dewa-dewi Hindu tidak unik,sejak kita tahu,mereka adalah raja-raja zaman purba yang dijadikan objek sembahan.Sebahagian dewa-dewi Hindu ini adalah raja-raja Babilon dan sebahagian lagi dari Mesir Purba.Selebihnya ialah raja-raja India ketika kerajaan Rama atau zaman Vedic.

Dan kita akan belajar bahawa tradisi Naga tidak unik pada bangsa Cina,kerana tradisi ini ada pada bangsa-bangsa lain di dunia.Namun tradisi yang paling terawal adalah dari hikayat suku-suku Austronesia.

Apakah sebenarnya yang ditemui oleh pelayar Mesir itu?





"Tale of The Sea Dragon"




Only the Maker, Modeler alone, Sovereign Plumed Serpent, the
Bearers, Begetters are in the water, a glittering light. They are there, they are enclosed in quetzal feathers, in blue-green.


-Popol Vuh



Terdapat misteri di sini,kerana dalam rekod Mesir Purba ada 'Punt Lama' dan 'Punt Baru'.Punt Lama ialah Punt ketika Ratu Hatshepshut menghantar delegasi ke tanah Punt yang mengambil masa 3-5 tahun.Punt di mana ia digelar The Land of Gods dan yang disebut dalam hikayat "Kisah Pelaut Kapal Karam" (Tale of the Shipwrecked Sailo) dalam kesusasteraan Mesir Purba.Punt Baru ialah sebuah negeri di Afrika yang terletak berhampiran dengan garis Khatulistiwa (equator) yang mana mempunyai iklim yang sama dengan 'Punt Lama' dan negeri ini juga pernah disebutkan berdagang dan berperang dengan Mesir Purba.Ini adalah Punt Baru kerana jarak perdagangannya yang pendek serta dikatakan berjiran dengan bangsa Nubia di Afrika sehingga boleh bersekutu dengan negeri-negeri Afrika.

Fakta ini penting untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan para pengkaji.Kita tahu bahawa Punt yang disebut oleh Nehesi,iaitu ketua rombongan laut Ratu Hatshepsut ialah kawasan yang jauh ke timur dengan memakan masa bertahun-tahun dengan menaiki kapal-kapal besar Mesir Purba.Perjalanan seperti itu tidak akan memakan masa yang lama jika hanya ke Tanduk Afrika yang hanya memakan masa beberapa minggu.

Kita mesti membezakan antara kedua-dua Punt ini,kerana yang asli adalah Punt Lama,di mana terdapat beberapa karakteristik khas:

1)Terletak di kepulauan
2)Raja yang berimej ular
3)Kaya dengan kemenyan
4)Ketika rombongan Nehesi sampai,raja ketika itu bernama Parahu
5)Isterinya bernama Ati/Hati
6)Memakai ikat kepala,potoh dan senjata pisau pendek tersisip di pinggang

Di dalam hikayat "Pelayar Kapal Karam",ada disebutkan bahawa 'The King of Serpent',iaitu raja Punt mengetawakan pelayar Mesir Purba itu kerana ingin menawarkan kemenyan sebagai membalas jasa menyelamatkannya.Raja Punt ketawa terbahak-bahak kerana di pulaunya,kemenyan terlalu banyak dan pada pendapat penulis,sebahagian besar kemenyan di Mesir juga adalah diimport dari kepulauannya.

Apa yang ingin kita kaji ialah 'The King of Serpent' itu.Siapakah dia sebenarnya?Dan lebih misteri apabila gelaran 'Prao' (perkataan Mesir Purba yang asal untuk Pharaoh dan Firaun) kepada raja-raja Mesir adalah selepas ekspedisi Hatshepshut itu.Penulis telah mengkaji perkara ini dan menyimpulkan bahawa kata 'prao' itu diambil dari nama raja Punt,Parahu.Penulis juga percaya bahawa imej ular pada topeng para Firaun Mesir adalah diinspirasikan dari topeng yang dipakai oleh raja-raja Punt dalam hikayat "Pelayar Kapal Karam" itu.

Untuk memahami perkaitan ini,kita terbang dahulu ke Amerika Tengah,menyelami misteri Kukulkan,'The Feathered Serpent'.


Rahsia Kukulkan



Kukulkan (juga K'uk'ulkan atau K'uk'ul-chon) adalah dewa mitologi Maya.Kukulkan dikenal kelompok K'iche 'Maya sebagai Gukumatz. Kukulkan bermaksud "ular berbulu ",seperti Quetzacoatl dari Aztek.

Kaum K'iche 'Maya melihat versi Kukulkan mereka iaitu Gukumatz,sebagai salah satu pencipta bersama Tepeu, menciptakan tiga versi manusia,dua yang pertama mengalami kegagalan.

Peninggalan Maya juga merujuk kepada seseorang yang bernama Kukulkan,yang telah menyebabkan beberapa kekeliruan tentang apakah atau tidak dewa dirujukkan dalam kes tertentu.Secara amnya,dewa Maya Kukulkan tidak dikenal dengan meluas,dengan hanya 'rakannya' Gukumatz yang masih hidup di Popol Vuh,dan Quetzalcoatl hidup dari rekod suku Aztec.Hal ini tidak diketahui adakah Yucatec dan Tzotzil Maya mengaitkan cerita mirip dengan Gukumatz dan Quetzalcoatl ke Kukulkan mereka.

Seperti semua para 'dewa ular berbulu' dalam budaya Mesoamerika,Kukulkan diduga berasal dari mitologi Olmec.

Namun ada sesuatu yang boleh dikaji lagi di dalam Popol Vuh,manuskrip yang mengandungi rekod ketika kerajaan K'iche Maya berdiri.

Ia berkenaan dengan Gukumatz,versi suku K'iche kepada Kukulkan.Pada permulaan Popol Vuh,Gukumatz diterangkan sebagai terapung-apung di lautan abadi bersama Tepeu (satu entiti dewa bersama),dibungkus dalam bulu-bulu.Tidak ada yang wujud ketika itu,selain laut di bawah langit.Kemudian Gukumatz dan Tepeu berbincang tentang penciptaan manusia dan diputuskan di antara mereka untuk menaikkan bumi dan menciptakan manusia.

Dari sini dapat disimpulkan bahawa asal-usul dewa 'ular berbulu' dalam budaya Mesoamerika sama ada Maya,Olmec,Nahualt (Aztek) dan sebagainya adalah berasal dari bulu yang membungkus entiti ular itu ketika di laut.Bulu bersifat seperti sabut yang mengapung,jadi ular tadi tidak tenggelam di air.Ini bermakna,semua dewa ular Mesoamerika adalah berasal dari laut.Bulu yang ada pada imej dewa ular itu adalah berasal dari bulu yang membungkus mereka.Ini adalah petunjuk kepada asal-usul 'The Sea Dragon'.

Ini adalah rahsia yang teramat penting.Sebabnya jika kita 'read between the lines' kita akan menjumpai apa maksud tersirat.

Mitos tentang dewa ular ini sebenarnya menceritakan permulaan moyang kaum-kaum Mesoamerika bertapak di Benua Amerika,beribu-ribu tahun dahulu.Ini sama seperti kisah Khun Borom dalam masyarakat Lao dan Thai yang sebenarnya menceritakan tentang sejarah migrasi mereka dari selatan China ke Indochina.Ular atau naga itu adalah interpretasi kepada moyang mereka dan bulu itu adalah 'perahu' yang membawa moyang mereka dari satu tempat yang tidak diketahui ke benua Amerika.

Berdasarkan kajian linguistik dan bukti antropologi di antara Maya dan suku-suku asli Amerika dengan suku-suku Polinesia-Austronesia yang berdekatan (di Pasifik) dapat disimpulkan bahawa kisah mereka itu adalah kisah bagaimana kaum-kaum Austronesia menjelajah ke Benua Amerika,beribu tahun sebelum bangsa-bangsa lain menjejak kaki ke sana.

Ini adalah sejarah bagaimana kaum-kaum Austronesia berpecah ke Benua Amerika.

Sekarang kita terbang ke Candi Sukuh dan Candi Penataran untuk mencari asal-usul Kukulkan dan Quetzalcoatl!


Candi Sukuh



 Candi Sukuh adalah sebuah binaan yang terletak di Jawa Tengah.Keunikan candi ini ialah senibinanya yang tidak klise seperti senibina candi-candi Hindu tempatan yang lain.Candi ini dicop sebagai 'candi Hindu' atas penemuan simbolisme linga dan yoni;iaitu lambang kesuburan dalam agama Hindu,walaupun pada pandangan penulis,perlambangan linga dan yoni yang dikatakan itu tidak sedikit pun menyerupai lambang yang ditemui di seluruh dunia Hindu.Lambang yoni biasanya berbentuk seperti takungan.

Turut ditemui ukiran bas-relief seperti dalam mitologi Hindu,namun pada pemerhatian penulis,keadaan relik ini seperti baru,berbanding bangunan candi,seolah-olah baru diletak kemudian.Kompleks utama candi adalah dari batu hitam gunung yang dipotong,seperti kondisi batu yang digunakan di Borobudur dan Prambanan.Apa yang menarik,tidak ditemui satu pun patung dewa-dewi Hindu yang biasa disembah oleh penduduk di sana.

Apa yang membuatkan Candi Sukuh unik?

Ia unik sebab senibinanya menyerupai senibina piramid-piramid Mesoamerika seperti piramid kaum Maya di Amerika Tengah.

Ok,mari kita melihat apakah yang ada di sekitarnya.

Pertama sekali,kita lihat bangunan utamanya,iaitu struktur piramid dengan puncak rata yang ditinggikan membentuk satu binaan segiempat tepat,seperti yang biasa kita lihat pada piramid Maya seperti piramid di Tikal dan El Castillo di Chichen Itza.Di tengahnya ada satu jaluran tangga,persis seperti piramid Maya juga.Ini adalah aneh kerana tidak menyerupai mana-manapun struktur candi-candi Hindu-Buddha di seluruh nusantara termasuk candi-candi Cham di Vietnam (Cham Towers).Bentuk piramid dengan struktur bangunan segiempat di atasnya hanyalah 'trademark' dari piramid Maya sahaja seperti El Castillo.


Katakan kita ambil El Castillo sebagai contoh.Piramid ini dianggarkan dibina antara abad ke-9 hingga ke-12 Masehi.Candi Sukuh di katakan di bina ketika akhir era Majapahit iaitu kira-kira abad ke-15.Hipotesis pertama,terdapat hubungan antara orang dari nusantara,katakan dari kerajaan Majapahit dengan kaum Maya sebelum kedatangan conquistador Sepanyol di Mesoamerika.Hubungan ini mungkin hubungan dagang atau persahabatan.Untuk memastikan ini,kita mesti menggali seberapa banyak karya atau manuskrip dari era Majapahit seperti Nagarakratagama,Pararaton atau Sutosoma.Sepertimana kata 'Budur' yang ditemui dalam Nagarakratagama yang memungkinkan ia merujuk kepada Borobudur,maka kemungkinan ada sebarisan ayat atau perkataan yang memberi petunjuk hubungan Nusantara dengan kaum Maya.



 Hipotesis kedua ialah,Candi Sukuh bukan dibina sekitar abad ke-15.Candi ini dibina lebih lama dari itu,sekurang-kurangnya sezaman dengan Borobudur.Penulis berpendapat bahawa candi ini dibina lebih tua dari Borobudur,dengan strukturnya kelihatan primitif dengan tiada banyak ukiran sampingan seperti 'gargoyle' yang selalu digemari oleh seniman nusantara iaitu 'Kala' atau 'Makara'.Candi ini nampak ringkas dan mudah seperti piramid Maya.

Kemudian kita lihat apa yang ada di halaman kompleks Candi Sukuh.

Terdapat banyak patung-patung yang nampaknya bukan dari tradisi agama Hindu,kecuali 5 relief pada kiri candi induk yang dikatakan menggambarkan kisah dari Kidung Sudamala yang mana watak-wataknya dari epik Ramayana-Mahabbharata.Relief inilah yang menurut pendapat penulis adalah diletakkan kemudian.




Antara patung yang aneh yang tiada berbudaya Hindu-Buddha ialah patung manusia yang berkepak yang mirip seni dari Tamadun Sumeria.Manusia burung ini mirip Annunaki ataupun Pazuzu.Pazuzu adalah raja kepada segala iblis angin dalam mitologi Babilon dan Assyria manakala Annunaki adalah dewa dalam mitologi kebanyakan etnik dalam Tamadun Sumeria.Kemungkinan juga boleh dibandingkan dengan Marduk,dewa orang Babilon.

 

Kita lihat pula kembar dari Candi Sukuh iaitu Candi Ceto.Candi ini juga mempunyai konsep linga-yoni yang pada penulis diletak kemudian.Senibinanya juga seperti piramid Maya namun agak kurang menyerlah berbanding Candi Sukuh.

Di sana ada tugu lelaki yang berteleku di mana salah satu aspek yang aneh ialah cara ia berpakaian dan gelangnya seperti gelang yang dipakai oleh mana-mana imej dewa dalam mitologi Sumeria.Gelang seperti bentuk jam tangan itu adalah identiti dewa dalam bas-relief era Sumeria seperti yang dipakai oleh manusia burung dan Annunaki.

 

Hipotesis pertama dalam menerangkan hal ini adalah,para arkitek yang merencanakan lanskap Candi Sukuh/Ceto ini adalah mereka yang pernah melihat seni zaman Sumeria.Hipotesis kedua,arkitek diimport dari Timur Tengah,tepatnya di sekitar Iraq yang penulis kira kemungkinan masih di bawah empayar Sassanid Parsi (untuk hipotesis dibina sebelum era Majapahit).Hipotesis yang ketiga,ialah seni yang kebetulan.Namun ini boleh dipertikaikan kerana terlalu banyak aspek aneh pada unsur seni yang boleh dibandingkan dari luar nusantara.

Hipotesis yang keempat dan paling kontroversi ialah,Candi Sukuh/Ceto dibina ketika ERA TAMADUN SUMERIA.Dalam hipotesis ini juga mencadangkan bahawa Candi Sukuh asalnya bukan candi Hindu-Buddha tetapi struktur untuk fungsi lain.Apabila tiba era Hindu-Buddha,barulah relik lain ditambah.Namun sesuatu yang janggal kerana tiada satu patung Hindu yang utama seperti Ganesha,Siva atau Vishnu sekalipun bertempat di sini.Yang ada hanyalah relief kisah-kisah dari epik Hindu,namun itupun boleh dikatakan ditambah kemudian.

Kemungkinan yang lain ada tersimpan di Candi Penataran.


Candi Palah

Candi Palah adalah nama asal Candi Penataran,iaitu sebuah candi yang terletak di Jawa Timur.Candi ini diduga telahpun dibina seawal abad ke-11 ketika kerajaan Kediri berkuasa sebelum ditewaskan oleh empayar Srivijaya.Candi ini diagungkan oleh Kerajaan Kediri,Singhasari dan Majapahit dan dikatakan abu mayat Ken Arok,pendiri Singhasari dan Raden Wijaya,pendiri Majapahit ditempatkan di sini.

Apa yang menarik di candi ini ialah,terdapat fragmen di bas-reliefnya yang mengaitkan dunia sebelah sini (Asia Tenggara/Nusantara) dengan situasi di Mesoamerika.Terdapat ukiran pahlawan yang biasa kita lihat di Amerika Tengah seperti kaum Aztek atau Maya dengan memakai hiasan kepala dari bulu burung.Yang paling aneh ialah ukiran pokok kaktus!Ini adalah sesuatu yang bukan kebiasaan bagi sesuatu candi yang dilabel sebagai candi agama Hindu.Hiasan dwarapala(penjaga) di pintu masuk juga mengikut gaya patung di kuil Maya.Sememangnya seni Kala,Makara atau Dwarapala adalah asli candi-candi nusantara dan tidak biasa ditemui di India sebagaimana seni naga kepala 7 yang biasa ditemui pada seni Khmer.

 
Terdapat hubungan antara kerajaan-kerajaan besar di nusantara pada masa lalu dengan orang-orang dari Mesoamerika.Sebagaimana penemuan Laguna Copperplate di Filipina mengesahkan hubungan Srivijaya dan Medang dengan penduduk Filipina sebelum kedatangan kuasa Eropah,mungkin ini adalah bukti dari sebelah sini akan adanya hubungan ini.Kita cuma perlu mencari bukti dari sebelah sana,dari sebelah pihak Mesoamerika tentang apajua hubungan atau aktiviti mereka bersama kaum-kaum Austronesia/nusantara pada masa lalu.



Sarjana berpendapat kebangkitan negarakota-negarakota di Mesoamerika (seperti Inca,Maya atau Aztek) adalah mencapai kemuncak ketika abad ke-12 hingga ke-16,dan penulis berpendapat,ini memang ada kaitan dengan Srivijaya.Pembinaan piramid berskala besar seperti itu pasti ada arkitek di belakangnya.Sebagaimana pembina piramid Mesir,kini didedahkan oleh pelbagai sarjana bahawa datang dari kebijakan luar Mesir dan kaum Mesir Purba berasal dari bangsa pelayar seperti Phoenicia,maka lama-kelamaan benang-benang merah akan tercantum dan segala teka-teki akan terjawab nanti.

Kita akan lihat ke mana si Naga Laut berenang ke serata dunia,meninggalkan kesan jejaknya.Arkitek yang membina bahtera Nabi Nuh adalah moyang kepada bangsa pelayar ini.Dari sini adalah asal-usul Naga Laut.Di mana,dewa naga berbulu Mesoamerika dikatakan lahir di atas 'bulu yang terapung di laut',maka ini adalah cerita tentang sejarah kaum Austronesia berlayar mencari kehidupan dan menerbitkan kaum-kaum di dunia.Para sarjana sudah menjelaskan teori bangsa Tai (termasuk Thai,Shan,Ahom,Zhuang,Dai dll) yang berasal dari kaum Austronesia yang berlayar dari Taiwan ke tanah besar China,kemudian berasimilasi dengan kaum-kaum Sino-Tibetan dan Austroasiatik(Mon-Khmer,Hmong) sehingga menghasilkan cabang bangsa baru dan bahasa baru.Ini digelar Austrotai.

Kita akan belajar bagaimana seorang raja dari sebuah negarakota Melayu di semenanjung,datang ke Jawa dan mengasaskan peradaban di sana.

Raja yang berasal dari The King of Serpent.

























----------------------------------------------



Next.....



Alter Terahsia Bangsa Melayu XXIV



"The Origin of The Sea Dragon"





-Seri Pahang dan Seri Gumum
-Riwayat Soma dan Mera
-Adakah Raja Matahari sezaman dengan Kukulkan?
-Siapa moyang 'The Naga King's Daughter'?
-The King of Serpent dan The King of Sun
-Bangsa Melayu pertama mengelilingi dunia
-Aji Saka,raja Melayu yang membawa peradaban di Jawa
-The Great Flood
-Siapa Maatheru?
-Hikayat ular dan naga
-Adakah Tamadun Huang He mencedok mitos naga sebagaimana mereka mencedok teknik pertanian Austronesia?
-Asal-usul si naga laut





Nantikan di MistisFiles Jun ini!!!




No comments:

Post a Comment