Tuesday, 14 January 2014
Kuasa Keempat The Wizard of History
Seperti yang dijanjikan,selepas habis ATBM episod 'The Origin of The Sea Dragon',Srikandi akan dedahkan kuasa keempat Srikandi sebagai Wizard of History.Kuasa ini sedikit istimewa,kerana ia ada bersangkut-paut dengan keupayaan diri seseorang.Dalam konteks ini,Srikandi telah menerima bakat istimewa ini ketika masih belajar di luarnegara pada tahun 2008 yang lalu.
Apakah kuasa istimewa Srikandi itu?
"Channeling"
"Oh, that clock! Old killjoy. I hear you. Come on, get up, you say, Time to start another day. Even he orders me around. Well, there's one thing. They can't order me to stop dreaming"
-Cinderella
Channeling adalah salah satu kemahiran berasaskan minda dan ia seakan-akan telepati.Namun telepati memerlukan minda yang lain untuk mengaktifkan kuasanya manakala channeling ini tidak memerlukan minda yang lain,hanya perlu fokus kepada bahan atau subjek tertentu dan mula menyedut petunjuk darinya.Jika melihat kepada definisi umum di Barat,channeling ini adalah amalan untuk berhubung dengan orang mati atau makhluk selain manusia.Jika dalam istilah masyarakat Melayu kita,ia mungkin dekat dengan istilah 'menurun',di mana bomoh akan 'menurun' untuk berkomunikasi dengan jin atau syaitan yang merasuk pesakit.
Bagi Srikandi,channeling ini seolah-olah 'vision' untuk Srikandi memahami apa yang berlaku pada masa lalu.Dengan membaca manuskrip-manuskrip atau menonton filem,kadang-kadang 'vision' akan 'flash' seketika dan Srikandi kadang-kadang tersentak kerana sentapan 'vision' itu seperti renjatan.Kemudian barulah Srikandi akan cuba fokus dan bermulalah aktiviti channeling.
Selalu Srikandi akan menelaah kitab Sulalatus Salatin,Undang-Undang Kedah atau Hikayat Merong Mahawangsa untuk menyedut sebanyak mungkin rahsia bangsa Melayu melalui kaedah ini.Pengarang kitab Melayu banyak menggunakan personafikasi,metafora,kiasan atau 'hidden message' yang memerlukan kuasa keempat ini beraksi.
Seperti tahun 2011 ketika Srikandi mendedahkan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa(HMM) terjadi sekitar abad pertama Masehi ketika perdagangan antara Rom dan Funan adalah rancak.Dan penemuan syiling Rom di pelabuhan Oc-eo di selatan Vietnam pada hari ini membuktikan kisah dalam HMM bukan omongan kosong.
Apabila pendedahan blogsejarahnagarakedah sedikit sebanyak menarik perhatian peminat sejarah,saya cuba channeling tentang mereka.Saya terlihat dejavu tentang raja Khmer,orang Melayu purba yang memakai kostum Srivijaya dan bukit-bukau yang misteri.Kemudian saya memahami bahawa mereka adalah keturunan raja Ligor terakhir dan menuntut takhta Kedah kerana mengatakan kerajaan Ligor dahulu adalah 'Benua Siam' yang memiliki seluruh semenanjung.Ini benar kerana pada masa lalu Ligor pernah menakluk sementara seluruh semenanjung dan menghantar tentera sejauh Sri Lanka.Jadi kisah ini diceritakan oleh keturunan mereka beratus-ratus tahun sehingga ke hari ini.Namun keadaan politik yang berubah-rubah dan situasi juga tidak memihak kepada mereka.Mereka telah menjadi mangsa politik Thai dan kecelaruan hubungan antara raja-raja Melayu dan para penjajah.
Rasanya sampai di sini sahaja Srikandi menceritakan tentang kuasa keempat ini.Banyak perkara yang Srikandi tidak boleh dedahkan di sini.Ini adalah kuasa istimewa Srikandi yang hanya boleh digunakan pada masa tertentu sahaja.Kesannya boleh menyakitkan kepala dan Srikandi akan demam 2-3 hari.
~Srikandi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment