Tuesday, 14 January 2014

Matrix 4_1






 Fasal ini dalam menyatakan sifat-sifat Matriks;di mana semua coding,skrip dan entiti terbina di dalamnya.

Ini adalah sebahagian dari siri Pengajian The Matrix.Siri ini bertujuan menjelaskan konsep bahawa dunia di mana manusia bertempat di dalamnya ialah tidak 'real',ilusi dan bakal musnah berdasarkan bukti-bukti dari sains;secara tepatnya dari kajian Fizik Teori,Fizik Partikel,Fizik Kuantum,Mekanik Kuantum,Fizik Nuklear,Teori String,Biologi,Kimia dan beberapa lagi cabang sains.

Dahulu ramai menganggap hujah agama adalah tabu,hari ini 'dongeng agama' dilihat sebagai dogma sains.

Sebagaimana setiap benda mempunyai sifat tertentu,Matriks juga memiliki sifat khasnya,di mana tidak boleh tidak,hukum pasti akan berjalan ke atas Matriks sebagaimana yang dikehendaki.Matriks diciptakan dari tiada kepada ada.Matriks tidak mempunyai kuasa terhadap coding dan skrip yang terbina di dalamnya.Arahan dan pengaturcaraan datang dari The Programmer.

Apakah sebenarnya Matriks?

Matriks adalah dunia di sekeliling anda.Dunia di mana anda bertempat di dalamnya.

Bagaimana kita mengenal Matriks?

Kita mengenal Matriks melalui pengesan/sensor terbina di dalam perkakasan/hardware yang menghantarnya kepada Minda.Mindalah yang membaca sifat-sifat Matriks di sekeliling kita.

Jika Minda tidak membaca Matriks,pengesan/sensor tidak berguna sama sekali kerana ia adalah perkakas dungu;dumb tool.Mata dan telinga tidak berguna jika maklumat tidak dibaca oleh Minda.

Jadi adakah tanpa perantaraan pengesan/sensor,Minda tidak boleh membaca Matriks?

Salah.Minda masih tetap boleh membaca Matriks.The Programmer boleh membuat sesuatu dengan sebab,tanpa sebab atau berlawanan dengan sebab.

Jika pengetahuan tentang Matriks telah mencapai satu tahap,mereka akan sedar bahawa Matriks sebenarnya tidak berada di luar Minda,tetapi ia berada di dalam Minda.Pengesan/sensor hanyalah dijadikan semata-mata untuk mengelirukan/menguji manusia.Mata dan telinga benar-benar 'dumb tool' dan tidak berguna sama sekali.Manusia melihat Minda membaca Matriks melalui mata,telinga dan sebagainya,namun sebenarnya Minda membaca Matriks melalui satu 'coding' lain.Matriks ialah APA YANG ANDA PERCAYA.

Jika mata,telinga dan deria lain bukanlah hakikat sebenar untuk melihat,mendengar dan sebagainya,apakah sebenarnya deria itu?Mengapakah ia diciptakan?Apakah fungsi minda tanpa deria-deria itu.Apakah yang terjadi kepada minda jika tiada semua deria itu?Apakah yang terjadi kepada Matriks tanpa perantaran deria?APAKAH HUBUNGAN MINDA DAN DERIA?






HUBUNGAN MINDA DAN DERIA











Statements of some scientists posing that "man is an image,everything experienced is temporary and deceptive,and this universe is a shadow",seems to be proven by science in our day.

-Frederick Vester,Denken,Lermen,Vergessen,vga,1978,p.6







Sejak zaman-berzaman setelah manusia berhidup di dunia ini,adakalanya manusia sering memikirkan apakah sebenarnya alam ini.Mereka telah memerhatikan langit dan bumi.Mereka memikirkan ke mana hilangnya matahari di waktu malam dan rembulan di waktu siang.Berapa luas alam ini?Apakah yang ada di luarnya.Apakah yang ada di sebalik langit itu?Pengetahuan mengenai langit dan di sebaliknya hanya diketahui oleh manusia melalui sumber-sumber tidak saintifik pada mulanya;nabi-nabi dan para makhluk halus seperti jin.Cerita-cerita ini kemudiannya bercampur-baur dengan imaginasi manusia sehingga menjadikan hikayat atau mitos di kalangan mereka.

Alam di mana manusia berdiam dinamakan Matriks,di mana Matriks adalah ruang.Dalam konteks ini,Matriks adalah ruang di mana dapat dikesan oleh deria manusia.Jadi ruang ini tidak statik.Semakin lama manusia makin mampu mengesan luas ruang,semakin besar keluasan Matriks yang ada.Hakikatnya,Matriks mengandungi infiniti ruang.

Peraturan Pertama mengatakan:Bagi entiti yang wujud di dalam Matrix,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matrix,tiada Matrix.

Bagaimana manusia sebagai entiti di dalam Matriks dapat mengesan kehadiran Matriks?




Deria

Manusia mengetahui alam ini dengan apa yang dipanggil sebagai deria.Melalui deria,manusia menggambarkan alam ini.Apakah deria?Deria ialah pengesan/sensor yang mengesan medium tertentu dan menghantar isyarat ke otak.Contohnya mata mengesan medium cahaya,manakala telinga mengesan getaran udara.Kulit mengandungi reseptor;yang mengesan tekanan.Reseptor ini bersambung ke sistem saraf.Saraf akan menafsirkan isyarat dan menghantarnya ke otak.Dalam diri manusia telah dilengkapi pelbagai pengesan/sensor untuk mengesan pelbagai medium.Ini bukti bahawa manusia dijadikan oleh Yang Maha Pintar,bukan secara kebetulan.Setiap kejadian ada maksud tertentu.

Umumnya,kita melihat melalui medium cahaya atau perantaraan cahaya.Tanpa cahaya,keadaan menjadi gelap dan kita tidak dapat melihat.Kita mendengar dengan perantaraan udara.Tanpa udara atau dalam keadaan vakum,kita tidak akan dapat mendengar apa-apa.Kita merasa sesuatu dengan menyentuh sesuatu objek,jika tidak menyentuh atau disentuh,kita tidak mampu merasa apa-apa.

Dalam pengetahuan Matriks lebih tinggi,kita tahu bahawa deria juga adalah ilusi,namun konsep deria penting untuk memahami pengetahuan Matriks lebih tinggi itu.Jika kita faham bahawa semua deria adalah sekadar pengesan/sensor,kita akan faham bahawa yang melihat bukan mata,yang mendengar bukan telinga atau yang menghidu bukan hidung TETAPI MINDA kita.



Minda

Minda kita melakukan aktiviti seperti 'melihat','mendengar','merasa' dan sebagainya melalui isyarat-isyarat elektrik (impuls) yang dihantar oleh deria kita.Ini bermakna minda tidak boleh mengesan getaran,cahaya atau tekanan;dengan kata lain MINDA TIDAK BERHUBUNG DENGAN DUNIA FIZIKAL.Dengan kata lain,apabila minda diletakkan di Matriks,ia tidak mampu berfungsi apa-apa.Minda memerlukan isyarat-isyarat dalam bentuk impuls untuk untuk menafsirkan Matriks.DI SINI ADA SATU RAHSIA.Minda hanya berurusan dengan isyarat impuls sahaja,tidak dengan yang lain.Jadi apa-apa isyarat impuls yang masuk ke minda,minda akan menafsirkannya dan bertindak atas maklumat itu.Ini bermakna,minda akan memproses maklumat dari impuls hatta ia bukan datang dari deria/sensor.

Kita boleh bayangkan bahawa minda adalah sebuah daging yang terendam di dalam air 'pengawet' dan di sambungkan ke simulator.Simulator mengandungi program yang menghantar impuls-impuls sama seperti deria/sensor lakukan.Ini adalah model utopia yang selalu digambarkan dalam dunia sains tentang misteri minda ini.Minda melakukan semua ini dalam keadaan 'dumb' tanpa mengetahui dari mana sumber impuls itu datang.Dalam realiti,minda mampu mengetahui sumber impuls dengan coding khas yang dinaiktaraf (upgrade).Manusia bertapa,bermeditasi,berpuasa atau merenung untuk membangunkan keupayaan minda menafsir kod sumber (sourcecode).

Ini bermakna,keupayaan minda boleh dinaiktaraf dan boleh membaca isyarat lain selain impuls ataupun memintas isyarat.Kita boleh bayangkan bahawa minda adalah seperti parabola yang menangkap isyarat radio.Kita boleh 'amplify' atau menguatkan pengesan isyarat untuk memperluaskan julat pengesanan.Pendek kata minda tidak statik,ia mempunyai keupayaan yang boleh berkembang.

Mari fikirkan.Jika minda boleh menerima impuls selain dari deria manusia,ini bermakna minda boleh di asingkan dari sistem deria manusia dan dipindahkan ke sistem deria lain,atau dengan kata lain minda dipasangkan dengan model deria lain.Dengan syarat,mesti ada transceiver yang boleh menukarkan isyarat dari Matriks ke impuls sebagaimana transceiver dalam sistem optikal yang menukarkan isyarat cahaya laser ke isyarat elektrik dan sebaliknya.Mesti ada pemancar/transmitter dan penerima/receiver.

Jika minda adalah objek bingung/dumb jika tiada isyarat impuls,maka minda dikatakan berada dalam 'penjara' atau dunianya sendiri.Hanya setelah ia dipasangkan dengan tranceiver dan sistem deria,baru minda beroperasi dan menafsirkan Matriks.Jadi apakah hubungan minda dan Matriks?Dalam pemahaman biasa,Matriks seolah-olah di luar minda.Namun hakikat sebenar,Matriks sebenarnya berada di dalam minda.Ini akan mencapai paradoks;Matriks di luar minda namun pada masa yang sama,ia di dalam minda.



Terminologi


Matriks: Ruang.Entiti memerlukan ruang untuk berwujud.Di dalam Matriks terdapat infiniti ruang.Di luar Matriks,tiada Matriks.
Minda: Di luar Matriks,ia punya hubungan dari 'roh'.Di dalam Matriks,ia bukan 'roh'.
Deria: komponen tubuh manusia yang mengesan keberadaan Matriks
Impuls: Isyarat-isyarat maklumat dalam bentuk denyut elektrik.Isyarat ini terdiri dari dua keadaan yang seimbang;ada/tiada atau penuh/kosong.
Reseptor: tisu sensitif pada kulit manusia yang mengesan tekanan dan suhu.

Transceiver: Transmitter-receiver (pemancar-penerima)
Simulator: perkakasan untuk menjalankan program simulasi;menggambarkan seolah-olah realiti sebenar.
Source Code/Kod Sumber: kod yang mula-mula diterima oleh sensor sebelum ditafsir oleh minda.





Jika demikian,di manakah Matriks?

Kita tidak tahu apakah sebenarnya impuls yang dibawa oleh transmitter sistem deria.Matriks yang kita fahami hari ini adalah hasil proses dari minda.Apabila maklumat dari deria cukup,minda akan mula 'MEMBINA' struktur Matriks.

Minda menggambarkan keseluruhan Matriks melalui deria-deria ini.Sesuatu yang menakjubkan,apabila semua manusia menggambarkan Matriks yang 99.99999% sama di antara satu sama lain,ini bermakna sistem deria yang mereka gunakan masing-masing adalah sama.Perkakasan sensor manusia adalah sama dalam menghantar impuls yang sama ke minda masing-masing.Secara asasnya terdapat program asas (basic) yang dibina untuk perkasasan Matriks manusia dan sistem deria untuk mengesan program ini.Selebihnya ialah mod fleksibel atau pengembangan potensi.Manusia boleh menaiktaraf keupayaan deria/sensor mereka melalui teknik-teknik tertentu.Ini akan melibatkan perubahan deria menghantar isyarat impuls ke minda.Perkakasan boleh ditala (tuning).Setiap manusia amnya diberi sistem asas.Ada kes-kes tertentu,manusia dianugerahkan keupayaan deria berbeza sejak kecil.

Di manakah Matriks?Ini adalah soalan yang bagus.Melalui perbincangan ini,jika kita memahami bahawa sistem deria/sensor boleh ditala (tuning),maka sudah pasti ia akan menghantar isyarat yang berbeza.Isyarat yang berbeza bermaksud gambaran Matriks yang berbeza.Ini menjelaskan tentang mengapa pesakit Skizofrenia melihat dunia ini seolah-olah berwarna-warni.APAKAH RAHSIANYA?

Matriks TIDAK MUTLAK.Ia berubah mengikut impuls yang ditafsir minda.

Jadi di manakah Matriks bertempat?Minda membaca Matriks dan membinanya.Manusia mengetahui Matriks hanya melalui minda.Minda membina Matriks hanya dari deria yang bersarang dalam tubuh kita.Jika tubuh kita adalah tempat segala deria menghantar isyarat ke minda,MAKA TUBUH KITA ADALAH DERIA.Minda dibungkus deria untuk memberitahu seolah-olah fungsi tubuh adalah untuk mengesan Matriks.

Tubuh adalah DERIA.

Minda dibungkus oleh sistem deria/sensor yang dipanggil TUBUH MANUSIA.

Matriks hanya dapat difahami keberadannya jika kita memahami HUBUNGAN MINDA DAN TUBUH.

Dalam siri Matriks yang lepas,kita telah membaca HUBUNGAN MINDA DAN TUBUH.Tubuh adalah jujukan maklumat yang bersimpang-siur dalam DUNIA TERDAWAI PROGRAM.Jadi apakah hubungan MINDA DAN DERIA?















































MINDA MEMBACA MAKLUMATNYA.

























No comments:

Post a Comment