Beliau bersama-sama Profesor Thomas mencadangkan bahawa kemungkinan terdapat hubungan seperti migrasi orang Melayu pada masa purba ke Mesoamerika dan berasimilasi dengan orang tempatan.Hubungan yang aneh ini bagaimanapun agak memeningkan Edward Tregear sementelah budaya kaum-kaum asli Amerika yang dilabel sebagai 'Red Indian' mempunyai persamaan dengan suku-suku Borneo seperti Dayak,Murut dan Iban dengan kostum bulu burung dan ukiran.
Bangsa Maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba di Amerika Selatan.Maya terkenal dengan piramidnya, dan juga peninggalan-peninggalan yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga.Maya juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi; yang dari itu terhasillah kalendar Maya yang terkenal yang bermula 3113 Sebelum Masehi dan berakhir pada 21 Disember 2012 yang lalu.Antara piramid-piramidnya yang terkenal ialah Chichen Itza,Tikal dan Uxmal.
Para arkeologi percaya bahwa Maya mempunyai peradaban yang luar biasa.Hal itu boleh dilihat dari peninggalannya seperti buku-bukunya,meja-meja batu dan cerita-cerita yang bersifat mistik.Tetapi sayang sekali buku-buku mereka di perpustakaan Mayan semuanya sudah dibakar oleh tentara Sepanyol ketika menyerang sesudah tahun 1517.Hanya beberapa tulisan pada meja-meja dan beberapa sistem kalendar yang membingungkan tersisa sampai sekarang.
Sementara itu,para pengkaji Indonesia telah menemui beberapa bas-relief yang aneh di Candi Penataran.Mereka mendapati beberapa fragmen yang menunjukkan bumi Amerika Tengah dengan pokok kaktus dan pahlawan-pahlawan Maya terpapar pada tembok candi.Candi yang diduga dibina ketika era Majapahit juga memaparkan fragmen-fragmen yang menunjukkan persamaan ukiran kaum-kaum Mesoamerika itu.
Apa yang sebenarnya terjadi antara orang Melayu khususnya pada masa silam?
Misteri hubungan antara Melayu dan Maya sememangnya telah lama dikaji oleh para pengembara dan penulis Barat namun amat sedikit pendedahannya kepada kita.Beribu-ribu tahun dahulu,moyang kepada orang Melayu telah membina peradaban yang tinggi di satu tempat.Mereka membina piramid-piramid dan maju dalam bidang astronomi.Raja-rajanya adalah moyang kepada dewa-dewi Mesir Purba dan Mesoamerika.Antara yang terkenal adalah 'The King of Sun'.
Terdapat raja lain yang tidak kurang terkenal.Dia digelar 'The King of Serpent'.
"The Secret of Kukulkan & Quetzalcoatl"
"...they could walk and talk; they had many children, built many houses, but they had no minds nor souls nor hearts. The Feathered Serpent - Quetzalcoatl was disappointed with what he had created, so he sent a great flood to cleanse the earth of his mistake"
-The Popol Vuh
Austronesia adalah kelompok yang diberikan oleh sarjana linguistik kepada satu kelompok bahasa yang merangkumi Hawaii,Asia Tenggara,Taiwan hingga ke Madagaskar.Sebelum penemuan dan kajian bahasa-bahasa pribumi Taiwan,kelompok linguistik ini digelar 'Malayo-Polinesia' merujuk kepada bahasa-bahasa di Asia Tenggara sekitar lingua-franca Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa di Polinesia.Menurut keputusan umum dari ahli arkeologi dan antropologi,manusia Austronesia yang pertama memulakan perjalanan ke Pasifik dari Cina Selatan dan Asia Tenggara sekitar 4000 tahun yang lalu serta bertutur bahasa yang dikenal sebagai "Proto-Austronesia" (kadang-kadang sekarang disebut "Bahasa Austronesia").Mereka mengembangkan bakat dalam ilmu maritim seawal iklim mula berubah dan permukaan air laut mulai naik.Ketika di Taiwan,yang pada waktu itu tidak wujud orang China di sana,bahasa mereka berubah dan dikelaskan sebagai Proto-Formosa.Seperti biasa,setiap pengembaraan mereka sebagai pelaut yang handal,mereka menamakan benda-benda baru,pokok,makanan,haiwan,bentuk muka bumi dan sebagainya.
Sebahagian dari mereka menubuhkan kumpulan-kumpulan etnik tertentu,membentuk bahasa sendiri dengan dialek unik dan ini menjadi asas kepada pribumi Taiwan.Teori awal mengatakan dari sini membentuk kumpulan bahasa Autronesia.Ketika ramai pengkaji mencadangkan di Asia Tenggara telah ada kaum negrito yang 'berasal dari Afrika',maka teori menunjukkan,Austronesia adalah pribumi ke Taiwan dan kemudian juga pribumi kepada Polinesia serta sebagian besar wilayah Indonesia, Filipina, dan Malaysia.
Namun kajian Genome dan pelbagai hasil dari arkeologi menunjukkan perkara mengejutkan.Teori Austronesia berasal dari China Selatan atau Taiwan kini boleh dipertikaikan dan keputusan DNA menunjukkan perkara sebaliknya apabila didapati pergerakan Austronesia ialah dari Asia Tenggara ke China dan bahagian-bahagian lain ke utara (seperi Jepun) dan Pasifik.
Perlu dicatatkan bahawa Austronesia adalah juga pribumi sebahagian besar Pasifik dan mereka juga ada yang berperawakan seperti orang Negrito dengan berambut keriting dan berkulit gelap.Ini membuatkan sesetengah orang percaya bahawa Austronesia berasal dari Pasifik seperti dari Sulawesi,Papua,Samoa hingga ke Hawaii.Namun bukti DNA dan arkeologi mempertikaikan pendapat ini,namun MtDNA sesetengah haiwan seperti babi mencadangkan bahawa haiwan tersebut adalah sama seperti yang ditemui di Vietnam,Indonesia Timur dan Papua.
credit: dinosaurusgede.deviantart.com |
Ketika ramai Austronesia telah membentuk organisasi sendiri dan menetap di pulau-pulau,kumpulan lain terus berlayar dan menduduki lebih banyak wilayah dan ini memperkayakan kosakata bahasa mereka dengan asas bahasa yang masih tetap sepertimana haiwan-haiwan yang dibawa bersama seperti ayam,babi,anjing juga makanan tumbuhan seperti pisang dan ubi.Ini menjelaskan mengapa perkataan seperti 'manuk' (ayam) dikongsi oleh banyak bahasa Austronesia seperti Cham,Aceh,kaum-kaum Borneo dan sebagainya.
Juga kini sudah seakan-akan umum dalam dunia arkeologi bahawa teknik pertanian yang terawal dibangunkan oleh Austronesia di mana di dapati tamadun di China telah 'meminjam' teknik-teknik pertanian seperti sistem saliran,semaian,pelupusan dan pemilihan benih dengan begitu banyak.Bagaimana ahli arkeologi tahu China meminjam dari kita?Dari penemuan peralatan bertani yang lebih tua usianya ditemui di Asia Tenggara jika dibandingkan dari di China.Baru-baru ini ditemui pisau batu di Malaysia (Bukit Bunuh) yang berusia kira-kira 1.83 juta tahun,dan semestinya telah mengalahkan tamadun-tamadun Sumeria dan Indus.Ini menguatkan lagi bahawa teknik pertanian dimulakan oleh Austronesia,sementelah mereka juga adalah pembina perahu dan kapal serta pelayar yang cekap.
Fikirkan...pada awalnya kaum-kaum Austronesia dianggap hanya mahir di lautan dan tidak tahu menahu tentang pertanian,kini ramai sarjana terkejut dengan hasil arkeologi yang menunjukkan kelompok ini bukan sahaja mahir berlayar,namun adalah petani yang inovatif.
Soalannya siapakah sebenarnya Austronesia?Siapakah sebenarnya kita?
"The Mayan Prophecy"
Kita telah membaca tentang pergerakan kaum-kaum Austronesia dari satu tempat ke satu tempat.Pada awalnya dari satu induk,mereka berpecah kepada beberapa kumpulan dan pergi ke wilayah berbeza.Ini menjadikan bahasa mereka akan berubah secara penambahan kosakata apabila masing-masing berjumpa dengan benda-benda baru atau mencedok istilah dari sesuatu kaum yang sudah ada di kawasan itu.Mereka juga akan berubah dialek apabila generasi terkemudian akan berubah mengikut trend masa.
Teori inilah yang dicadangkan kepada fenomena bahasa-bahasa Austronesia yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain terutamanya sistem pernomboran yang berkait antara satu sama lain terutama pada angka 5 (five) yang disebut 'lima' dalam majoriti bahasa-bahasa Austronesia.
Teori pergerakan ini boleh menjelaskan kajian Terrence Kaufman,seorang pengkaji bahasa Mesoamerika yang mencadangkan persamaan tona atau bunyi bahasa-bahasa Maya dengan salah satu atau beberapa bahasa dalam kelompok Austronesia.Pengkaji lain seperti Prof. Cyrus Thomas juga mendapati terdapat kemungkinan yang dipercayai bahawa ada hubungan orang Maya dengan orang Melayu dan amnya kelompok Austronesia.Semua ini menjadi polemik sejak ahli arkeologi dan sosialogi mencadangkan asal-usul bangsa Maya dan beberapa pribumi Mesoamerika yang lain seperti Inca dan Aztec adalah dari Asia dan mereka menyeberang ke benua Amerika melalui jambatan darat ketika berakhirnya zaman ais.
Maya adalah satu bangsa yang mendiami apa yang dipanggil sebagai Mesoamerika.Mesoamerika adalah tanah yang menganjur di antara Amerika Syarikat dan Amerika Selatan.Ia seolah-olah satu tanah genting yang menyambungkan kedua-dua benua.Maya kini bertebaran di Mexico (termasuk semenanjung Yucatan dan Las Chiapas),Guatemala,Belize,Honduras,dan El Salvador.
Jika teori sarjana mengatakan pribumi Amerika menyeberang dari Asia,agak-agak dari mana?Sudah tentu dari wilayah yang terdekat;Asia Tenggara dan Pasifik,'homeland' kaum-kaum Austronesia.Sebab itu budaya kaum-kaum pribumi Amerika seperti Maya,Aztec,Inca atau kaum-kaum Red Indian di Amerika seperti Apache,Comanche,Cherokee,Navajo dan sebagainya seakan-akan kaum-kaum di Samoa,Hawaii,Rapa Nui atau pribumi Borneo.Mereka memiliki seni ukiran,lukisan dan kostum yang hampir sama konsepnya.
Bangsa Maya telah mencapai ketamadunan mereka ketika tempoh 250 hingga 900 Masehi dengan membina piramid-piramid dan negarakota-negarakota yang besar,konsep yang sama di Asia Tenggara ketika itu,dengan kewujudan banyak negarakota-negarakota Melayu di Indochina dan semenanjung Malaysia.Chichen Itza,Tikal dan Uxmal adalah antara negarakota yang dibina oleh bangsa Maya termasuk kota besar yang menempatkan Piramid Matahari,Teotihuacan.
Bangsa Maya dikenal pakar dalam astronomi,satu ciri yang mesti ada pada pelaut dan jika pembaca perasan,semua pembina piramid adalah mereka yang punya kemahiran dalam astronomi.Mesir Purba yang membina piramid berdasarkan gugusan Orion.Borobudur direkabentuk secara astronomi dan kosmologi oleh pembinanya, Melayu Sailendra mempunyai kaitan dan ekuinoks.Pakar dari ITB (Institut Teknologi Bandung)Evan Irawan Akbar telah mandapati setiap stupa di Borobudur berbeza ruangannya dan ini seolah-olah sebagai disengajakan.Apabila beliau jauh menyiasat,beliau mendapati ketidaksamaan itu seperti dijadikan penanda waktu matahari atau jam matahari yang menggunakan bayang-bayang untuk mengukur waktu.Borobodur seolah-olah jam matahari yang besar.
Begitu juga dengan bangsa Maya.Banyak bangunan Maya yang penting seperti kuil,piramid,istana,balai cerap dan lapangan bola yang direkabentuk sesuai dengan astronomi.Candi dan piramid khususnya yang dirancang sedemikian rupa bahawa matahari,bulan,bintang dan planet akan terlihat dari atas atau melalui jendela tertentu pada waktu yang penting pada tahun tersebut.Salah satu contoh adalah balai cerap di Xochicalco (meskipun tidak dianggap sebagai kota eksklusif Maya, pasti memiliki pengaruh Maya yang banyak).Balai cerap ini adalah sebuah ruang bawah tanah dengan sebuah lubang di lelangit.Matahari bersinar melalui lubang ini untuk sebahagian besar musim panas,tapi tepat di atas kepala pada 15 Mei dan 29 Julai;pada hari-hari matahari akan langsung menerangi ilustrasi matahari di lantai di mana hari ini dianggap sangat penting oleh para pendeta Maya.
Pakar astronomi pada zaman purba berasal dari pelaut.Pelaut tidak mempunyai petunjuk yang memandu dia ke destinasi KECUALI MENGGUNAKAN BINTANG-BINTANG.Sebab itu kajian terkini mencadangkan bahawa pembina piramid adalah orang luar,bukan pribumi Mesir.
Hubungan misteri antara Maya,Austronesia dan Melayu
Edward Robert Tregear,seorang sarjana dari New Zealand mendapati beberapa perkataan Maya mempunyai kaitan dengan bahasa Melayu.Yang paling jelas adalah 'tanah' dalam bahasa Melayu bermaksud 'land' adalah juga disebut sebagai 'tanah' oleh Maya.'Bukit' dalam bahasa Melayu (hill) mempunyai kaitan dengan 'puk' iaitu sebutan Maya untuk maksud yang sama.Begitu juga 'taa' perkataan Maya untuk 'excrement' adalah sepadan dengan 'tai/tahi' dalam bahasa Melayu.Walaupun beliau menyatakan perlu ada kajian lagi untuk mengesahkan kajian Prof Cyrus Thomas yang mula-mula menyedari hubungan Maya dan Melayu.Beliau telah mengkaji kalendar Maya,Hawaii dan New Zealand,mendapati ia berasal dari sistem Melayu Purba,sepertimana pengiraan musim menuai padi oleh Melayu Kedah Tua dan Langkasuka yang kini diadaptasi oleh orang Thai dengan lambang zodiak 12 haiwan.
Tragear mengatakan,asas untuk mengetahui adakah bangsa A dan B adalah dari induk yang sama ialah dengan membandingkan perkataan-perkataan untuk objek-objek penting seperti haiwan,tumbuhan,makanan dan alam semulajadi.Jika ini punya hubungan,maka dapat disahkan bahawa keduanya adalah dari induk yang sama.Perkataan 'tanah' yang dikongsi oleh Melayu dan Maya agak membingungkan Tragear kerana ini adalah kosakata paling asas untuk semua manusia.Orang Maya akan menjerit 'tanah!' apabila sampai ke daratan dari arah laut,dan perkataan yang sama disebut oleh orang Melayu apabila bertemu dengan beting pasir yang muncul dari permukaan air.
Sebahagian senarai Tregear dalam makalahnya (sebahagian ditambah makna lebih jelas) yang menarik untuk difikirkan:
Maya tanah, territory.Malay tanah. The name of the Melanesian island Tana means the soil, the earth. The Kian Dyak has tanah, earth, soil, Efatese tan, Ladrone Islands tano, Gilbert Islands tano, German New Guinea tano, British New Guinea tano, Malagasy tani, all meaning earth, soil. At Moreton Bay, New Guinea, the earth is ta, as in Sanscrit. In India the Khond word for earth is tana.
Maya puk, a hill. Cf. Maori puke, a hill; Philippines (Bisaya) bukid, a mountain, (Bicol) buquid, a mountain; Malay bukit, a hill; Magindano puked, a mountain.
Maya na, mother. Malay forms are, for “mother,” (Perak Semang) na, (Rotti) ina, (Timor) aina. Cf. Maori nana, to nurse; Fijian na and nana, words used in addressing a mother; Sikayana nana, mother; Guaham nana, mother; British New Guinea inana, mother; Melanesian (Lifu) nina, mother. The Sanscrit is ni, mother.
Maya taa, excrement. Samoan and Tongan tae, excrement; Malay tai, excrement; Malagasy tay; Fijian da. The Fijian also has de, excrement, which (as original te) compares with Formosan che, Ponape che, excrement. The cha in the Quichua ucha, excrement, is probably related to Maya taa.
Maya chuchum, a nail. Fiji kuku, a finger- or toe-nail; Tagal cuco, a nail, claw; Pampang cucu; Malay kuku, a claw, kukur, to scratch; Maori kuku, to nip, maikuku and matikuku, finger-nails.
Maya ku, a deity; holy, divine. Hawaiian Ku, the supreme deity of the Trinity. This is in New Zealand Tu, the war-god. The Maori word tua is a religious word sometimes used for “god,” and signifying undefined power and authority. (See White's “Ancient History of the Maori,” vol. i, p. 6.) Probably Malay tuan, deity, is related, since it is supposed to be derived from old Malay tua, an elder, a respected, aged man. Cf. Maori matua, mature, adult, grown up.
Maya lacach, flat. Rightly compared by Professor Thomas with Malay rata, flat, level. Intermediary forms are Hawaiian laka, tame; Maori rata, tame, gentle; and Matu rata, even, level.
Maya coch, a braggart. The Malay kochak and kachak, boastful, is probably allied to Ponape kokoch and kakach, boastful.
Maya puc, to beat; paxal, to break; paxah, to strike a musical instrument; bok, bokha, to beat (all on same root).Malay pukul,pecah. Cf. Maori paki, to slap, pakaru, to break to pieces, pakore, broken, pakuku, to knock repeatedly; Tongan baki, to snap, to break off. Pak is probably a sound-word.
Maya olah, will, desire. Samoan ola, to be hale, prosperous, to thrive; Tongan ola, anything obtained after search has been made, to succeed; Mangareva ora, life, health, to save oneself in a difficulty; Malay olah, conduct, behaviour.
Maya makah, to eat soft things. Silong makau, to eat; Mas Islands mangha, to eat; Balau Dyak makai, to eat; Marquesan maka, a mouthful, a piece, a morsel; Samoan maga, a mouthful of kava root chewed ready for mixing with water to make the beverage kava; Hawaiian mana (n=ny or k), to chew food for infants (children were thus fed by taking food from the mother's mouth and putting it into that of the child); Malay mamah, to chew, and makan, to devour. See under mama.
Maya lop, to fold. Fijian lobi, to fold, when a thing is folded engthwise and breadthwise, as wide cloth; Hawaiian lopio, to bend over, as in going to sleep when sitting; Maori ropi, to close, as a door; Paumotuan ropiropi, to pack up, to make into a bundle, (b) to shut up; Aneityum aroparop, closed, as the eyelids; Malay lipat, to fold; Javanese lapit, to fold.
Maya cap, to compress. Tongan kabikabi, to wedge, abiabi, crowded; Maori kapi, to be filled up, occupied, apiapi, close together, crowded; Hawaiian (loses k) api, to gather together, as people, to compress, as baggage; Paumotuan kapi, to be full, replete; Malay kapit, a companion, apit, squeezed together (cf. Maori kapiti, close together, apiti, side by side); Tahitian (loses k) apiti, a couple, or two joined together.
Maya batah, a chief. Bismarck Archipelago patuan, a chief; British New Guinea tau-bada or iofio-bada, a chief; Malay beta (first-person singular for king) paduka, lord, master, pati, lord (the latter from Sanscrit); Polynesian patu or fatu, lord.
Maya oc, the foot; Tzotzil gkok, the foot. Rotti Island eik, the foot; Amboyna aika, the foot; Burmah (Kami) akho, the foot, (Khyeng) kako, (Mru) khouk; Chinese (Canton) keuk; N.E. Bengal (Dhimal) khokoi; Pelew Islands koki; Malay kaki.
Maya chem, a canoe, is allied to Venezuela champau, a canoe, cf. Malay sampan, a canoe.
Jika anda mengkaji senarai di atas,anda akan mendapati jika bukan bahasa Melayu yang mempunyai persamaan ketara dengan Maya,bahasa Austronesia lain seperti Samoa,Maori,Tonga dan sebagainya mempunyai persamaan ketara.Contohnya Maya menyebut 'hill' (B.Inggeris) sebagai 'puk'.Melayu menyebut sebagai 'bukit',dan Maori sebagai 'puke'.Dari sini kita boleh lihat bahawa kata asal ialah 'bukit' dan semakin jauh ke Pasifik dan menyentuh benua Amerika,penyebutannya lama-kelamaan hanya meninggalkan bunyi awalan sahaja.
Dari senarai di ata juga kita boleh melihat satu sisi;betapa bahasa Melayu punya hubungan dengan bahasa kaum-kaum pribumi Polinesia dan Pasifik yang lain.Sebab itulah orang Melayu tergolong dalam kelompok Austronesia.
Sepertimana Mesir Purba yang mempunyai kosakata yang berhubungan dengan bahasa Melayu,maka sarjana berpendapat keduanya;Mesir Purba dan Maya adalah berasal dari satu bangsa lain yang mengembara merentas lautan dan benua.
Satu bangsa yang mahir dalam astronomi dan pernah menjadi pembina yang gagah.Apabila tamadun mereka runtuh di tempat asal mereka,mereka telah mengalami penyusutan tamadun dan hilang teknologi dan kemahiran mereka ke generasi seterusnya.Ini mungkin akibat peperangan atau bencana alam.Namun 'blueprint' sebahagian kebijaksanaan mereka tetap tersimpan ke tamadun bangsa-bangsa lain.
The King of Serpent
Raja-raja Maya gemar memerintah secara berasingan sepertimana raja-raja Melayu yang membina banyak negarakota dan kini menjadi negeri-negeri Melayu.Ini berbeza dengan satu lagi pribumi Mesoamerika iaitu Aztec yang menubuhkan empayar dan cenderung mengamalkan pemerintahan berpusat sebagaimana raja-raja Thai,Dai-Viet dan Burma.Sistem negarakota begini juga muncul pada bangsa-bangsa seperti Phoenicia dan Greek Purba.Biasanya,kerajaan yang berasaskan maritim selalu bercorak begini,sementelah masing-masing meneroka kawasan dan menubuhkan kerajaan,manakala kerajaan berasaskan agraria biasanya berpusat.
Persamaan corak pemerintahan begini adalah sesuatu yang menarik untuk difikirkan kerana hanya beberapa bangsa di dunia sahaja yang gemar dengan konsep city-states/negarakota ini.
Phoenicia,Greek Purba,Viking,Norseman...sekadar menyebutkan nama adalah bangsa yang mahir berlayar dan juga menubuhkan negarakota.Begitu juga bangsa Melayu.Jika ini diambil kira,adakah Maya berasal dari bangsa pelaut?Kita tahu Maya ialah bangsa yang berasaskan pertanian dan ekonomi sara hidup.Bangsa Maya bukan pelaut yang handal.
Jika anda faham dengan pola bahasa,budaya dan pergerakan kaum-kaum Austronesia,anda akan nampak rahsia sebenar bangsa Maya.Rahsia sebenar raja-raja nenek moyang mereka.Rahsia Kukulkan dan King of Serpent.
Dalam artikel seterusnya,kita akan mengupas pola pergerakan kaum-kaum Autsronesia yang membawa bersama dengan mereka,hikayat dan mitos mereka ke seluruh dunia.Jika kita faham tentang ini,kita akan faham hubungan masyarakat Proto-Melayu seperti Jakun dengan kaum Maya dan Mesoamerika lain seperti Aztec yang dipengaruhi oleh 'The Feathered Serpent'.
----------------------------------
Next.....
Alter Terahsia Bangsa Melayu XXIII
"The Great Mastermason & Shipbuilder"
-Siapa Kukulkan?
-Dewa Ular "Quetzalcoatl"
-Adakah Raja Matahari sezaman dengan Kukulkan?
-Siapa moyang 'The Naga King's Daughter'?
-Seniukir Maya pada Borobudur dan candi-candi Nusantara
-Hubungan Melayu dan Maya
-Hubungan Polinesia dan Maya
-The Great Flood
-Pembina piramid dan pelayar yang gagah
-Hikayat ular dan naga
-Adakah Tamadun Huang He mencedok mitos naga sebagaimana mereka mencedok teknik pertanian Austronesia?
No comments:
Post a Comment