Tuesday, 14 January 2014

SJJS: Persepolis,Iran




Bangun!!!!!!

Sekarang Srikandi nak bawa anda semua ke sebuah peninggalan kota sebuah empayar yang agung yang pernah tegak dalam sejarah dunia.

Empayar Parsi Achaemenid.

Empayar Achaemenid diasaskan oleh Cyrus The Great pada abad ke-6 Sebelum Masehi.Cyrus The Great telah menakluk 3 empayar sebelum menggabungkannya ke dalam empayarnya sendiri iaitu Empayar Media (Madyan),Empayar Lydia dan Empayar Neo-Babylonian (Babilon Baru).

Okay ...jom kita ke sana.Destinasi kita ialah Iran dalam wilayah Fars.








PERSEPOLIS

-Enter 
 The Gate of All Nation




Persepolis ni keluasan dia lebih kurang 120,000 meter persegi yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman dan istana.Ia juga terdiri dari tembok-tembok tinggi dan gerbang-gerbang.Persepolis ini ialah ibukota empayar Parsi sejak Cyrus The Great namun para ahli arkeologi dan sejarahwan berpendapat Darius I bertanggungjawab membina istana-istana dan dataran..Masa tu ialah dinasti Achaemenid.Ingat ada dua dinasti empayar yang agung dalam sejarah Iran,pertama Achaemenid ini dan yang kedua Sassanid.Dalam dinasti Sassanid inilah lahirnya emperor Nursyirwan Adil atau Khosrau I yang keturunannya berkahwiin dengan kerabat raja-raja Melayu.Okay..abang-abang..kakak..kakak..adik-adik..terdapat beberapa mercutanda (landmark) di sini...jom ikut Srikandi:



 The Gate of All Nation


Ini antara tempat bersejarah yang arsem di sini.

The Gate of All Nation (Gerbang Semua Bangsa), bermaksud gerbang kepada semua wilayah taklukan Empayar Parsi ketika itu.Ia tegak di atas balai agung berukuran panjang 25 meter, dengan empat tiang besar di pintu masuknya di dinding sebelah barat.Terdapat dua pintu lain, satu menghadap ke selatan menuju ke arah dataran Apadana, yang satunya lagi membuka ke arah jalan panjang ke timur.Menariknya,ditemukan lubang engsel ini bermakna ia mempunyai daun pintu yang besar! Lubang engsel ditemukan di sudut dalam setiap pintu menunjukkan bahwa pintu besar ini terdiri atas dua daun pintu, mungkin terbuat dari kayu, dan dilapisi lembaran logam berukir.Boleh tengok nanti dalam 300:The Rise of The Empire,ada satu adegan para pekerja istana menolak daun pintu yang amat besar dalam istana Xerxes (dalam cerita tu).Lebih kurang macam tu la.

Lamassu

Sepasang patung Lamassu berkepala lelaki berjanggut,berdiri di sebelah barat.Sepasang lainnya memiliki sayap berkepala khas (Gopät-Shäh), berdiri di gerbang timur, kesemuanya melambangkan kekuasaan empayar Parsi.

Istana Apadana

Istana ini dibina oleh Darius I (Darius The Great).Emperor Parsi menggunakannya sebagai balairungseri. Pembinaan bermula pada tahun 515 SM.Kemudian,anaknya Xerxes I, menyempurnakannya 30 tahun kemudian. Istana ini memiliki balai agung berbentuk bujur sangkar, setiap sisinya berukuran panjang 60 meter dengan 72 tiang besar, 30 diantaranya masih tegak berdiri. Setiap tiang besar ini setinggi 19 meter.Tiang ini menopang atap yang luas dan sangat berat. Puncak tiang dihiasi patung batu haiwan, seperti lembu berkepala dua, singa,atau rajawali. Tiang ini terhubung oleh batang penyangga datar dari kayu oak atau kayu cedar Lebanon. Dindingnya dilapisi lumpur dan plaster setebal 5 cm, sebagai perekat, kemudian dilapisi plaster hijau. Di sisi barat, utara, dan timur istana terdapat beranda persegi yang memiliki 12 tiang tersusun dalam dua baris masing-masing enam tiang. Di sisi selatan balairung terdapat serangkaian ruangan sebagai tempat penyimpanan. Dua tangga bergaya Persepolis dibangun secara simetri terhubung dengan asas batu. Untuk melindungi atap dari hakisan, bekas air berserenjang dibangun melewati tembok bata. Di keempat sudut Apadana, dibangunlah empat menara yang menjulur ke luar.

Dinding dilapisi jubin dan dihiasi gambar singa, lembu, dan bunga. Darius memerintahkan namanya dan perincian gelaran diraja ditulis dengan lempeng emas dan perak, yang ditempatkan dalam peti batu dan ditanam di keempat sudut istana. Tangga simetri bergaya Persepolis dibangun di sisi utara dan timur untuk mengatasi perbezaan ketinggian. Dua tangga lainnya berdiri di tengah bangunan. Tampilan luar istana diukir dengan gambar Immortal, pasukan elit pengawal Raja. Tangga utara diselesaikan pada masa pemerintahan Darius.

Srikandi tak dapat nak bayangkan betapa megahnya istana Apadana ini semasa kewujudannya.Sayangnya,tentera Alexander The Great telah membakarnya ketika Persepolis jatuh ke tangan mereka.


Dewan Takhta (The Throne Hall)



Gambar yang paling atas dalam artikel inilah The Throne Hall itu.Sebuah dewan utama yang terkenal di Persepolis.Ia sebahagian dari Istana Apadana

Terletak di sebelah Apadana, bangunan kedua terbesar dari induk utama istana adalah Dewan Takhta atau Dewan Kehormatan Para Perwira (juga disebut "Istana Bertiang Seratus"). Bangunan berukuran 70x70 meter persegi dibangun oleh Xerxes I dan diselesaikan oleh puteranya, Artaxerxes I pada akhir abad ke-5 SM. Kelapan-lapan gerbang batunya dihiasi bas-relief. Pada sisi utara dan selatan menggambarkan suasana takhta, dan pada sisi timur dan barat dengan adegan Raja memerangi raksasa. Dua patung lembu raksasa mengapit laluan utara. Kepala salah satu patung lembu ini kini disimpan di Oriental Institute di Chicago.

 Ini antara bas-relief yang paling Srikandi terkesan.."Singa Menggigit Lembu".Ia melambangkan sesuatu yang misteri dan artistik,di sebalik rasa kasihan kepada lembu itu dan sikap kegagahan singa.
Oklah...Srikandi nak berehat-rehat di Istana Apadana ni.Awak semua pergilah jalan-jalan pusing-pusing satu Persepolis ni.Nanti jumpa balik Srikandi kat bas-relief askar Media dan Parsi ya!Srikandi nak berangan jadi puteri kepada seluruh Aryavarta (India),Babylon,Sumer & Akkad,Media dan Parsi.
~Srikandi
Cikgu Lawatan Sejarah

No comments:

Post a Comment