Tuesday, 14 January 2014

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXIV




Pada tahun 1963 seorang jurnalis British,Stuart Wavell telah mengembara ke semenanjung Malaysia dan menyelusuri Segenting Kra bersama Ekspedisi Cambridge untuk mencari jejak-jejak Malay city-state paling 'berhantu' dalam sejarah Asia Tenggara.Langkasuka dan Tambralinga,di mana dalam catatan China sekalipun telah menerangkan kehebatan dua kerajaan ini dengan kota-kota bertembok tinggi dan pelabuhan yang masyhur.Stuart Wavell akhirnya tenggelam dalam dejavu;kehadiran seorang gadis cantik berpakaian seperti seorang puteri di era Srivijaya,dengan hiasan kepala yang begitu mengasyikkan seolah-olah dia berada di dalam mulut seekor naga.Mimpi ini membawa beliau jauh ke Segenting Kra dan menemui pelbagai pengalaman yang mengasyikkan dan bertemu dengan seorang gadis Melayu bernama Naga Emas,seorang penari Manora.

Naga Emas telah membukakan satu rahsia kepada Stuart Wavell;lokasi istana Puteri Saadong dan kota lama Langkasuka.Stuart Wavell bersama ekspedisinya telah menjejaki semua petunjuk ini dan menemui artifak penting di Yarang,Thailand.

Stuart Wavell akhirnya menyedari kata-kata Naga Emas,

"....yang tertua dari segala keajaiban Langkasuka.."

Penemuan Stuart Wavell telah menemukan banyak misteri;asal-usul tarian Menora yang berkait rapat dengan Malay city-states sebelum kedatangan imigran Thai.Beliau juga telah mencadangkan lokasi ibukota Langkasuka.Ini telah menarik perhatian Puteri Vibhavadi Rangsit,seorang kerabat diraja Thai yang berkhidmat di selatan Thai.Beliau telah menjalankan kajian untuk menjejaki sejarah Langkasuka dari pengembaraan romantik Stuart Wavell tersebut.Namun malangnya,sebelum sempat puteri itu menghabiskan penemuannya,beliau telah terbunuh dalam serbuan komunis pada Februari 1977 di Surathani,tempat yang sama ditemui batu bersurat tentang raja Sri Dharmaraja yang mengaku dari keturunan raja-raja Sailendra dan Srivijaya.

Semua petunjuk dari Stuart Wavell telah bertemu dengan legenda pengasas Funan,iaitu Soma atau Mera yang disebut sebagai 'Naga King's Daughter'.Menemukan petunjuk yang sama di selatan Thai menunjukkan asal-usul legenda ini adalah dari bangsa Melayu.Ini benar kerana ketika bangsa Khmer masih di Chenla,iaitu di negeri utara Funan,Funan telah menjangkau ke selatan;Segenting Kra dan menemui Langkasuka.

Kita akan bertemu dengan kaum-kaum Proto-Melayu seperti Jakun dan Orang Laut untuk menjejaki 'The Sea Dragon' dan anak perempuannya.Kita akan mencari keturunan mereka yang pernah membina empayar dan warisan raja-raja.

Kita akan menyelesaikan petunjuk dari Naga Emas dan mencari maksud "yang tertua dari dari segala keajaiban Langkasuka..."





The Origin of The Sea Dragon





"Siddham! Ni yang naga punya putauv..."

(Dong Yen Chau Inscription,Vietnam)





Menyelusuri sejarah bangsa Melayu amat mengasyikkan.Orang Melayu yang merupakan pelayar yang mahir telah membina peradaban di Asia Tenggara dan ini adalah kredit yang tak mampu dinafikan oleh mana-mana sejarah negara-negara di Asia Tenggara.Raja-raja Melayu telah meninggalkan pelbagai prasasti,menulis manuskrip-manuskrip tentang sejarah bangsa dan mewariskan takhta dan ini bersambung beribu-ribu tahun sehingga ke hari ini.

Tidak dinafikan bahawa generasi muda Melayu hari ini benar-benar tidak memahami asal-usul mereka.Ada di antara mereka hanya mengiakan apa yang dikatakan oleh para pengkaji Barat yang juga tercari-cari asal-usul orang Melayu.Jika mereka masih bereksperimen dengan penemuan mereka,adakah kita mahu menjadi mangsa eksperimen mereka?Ini bukan semudah mereka-reka cerita dalam sebuah novel;ini melibatkan sejarah satu bangsa dan orang lain boleh mencipta semula sejarah mereka hanya untuk dilihat sebagai lebih berprestij.Orang Melayu punya sejarah peradaban yang tinggi namun anehnya mereka sendiri yang mencipta semula sejarah mereka hanya untuk merendah-rendahkan maruah dan jatidiri mereka.

Asal-usul bangsa Melayu adalah dari seorang manusia bernama Adam.Dan ini keturunan nabi ini berterusan sehingga ke era Nabi Nuh.Sebelum era Nabi Nuh,karakter atau pembinaan sebuah bangsa bernama Melayu agak samar dalam sejarah.Tetapi selepas era Nabi Nuh,bangsa Melayu dapat dikesan,disebabkan selepas Banjir Besar.Banjir Besar adalah 'key-point' kelahiran sebuah bangsa yang menguasai lautan.Banjir Besar adalah umpama 'restart' dalam sistem komputer.Dunia seolah-olah dibersihkan dan manusia dipilih untuk terus hidup dan yang lainnya mati dalam air.Sejumlah manusia dipilih,iaitu mereka yang beriman kepada Nabi Nuh dan merekalah yang membantu baginda untuk membina kapal.Pengetahuan membina kapal ini,diwarisi oleh beberapa pengikut baginda dan salah satunya ialah moyang kepada bangsa Melayu.Dia inilah yang digelar "The Sea Dragon".

Selepas Banjir Besar,kesemua pengikut Nabi Nuh bertebaran ke serata dunia.Daripada jumlah beribu-ribu manusia,yang tinggal hanya kira-kira 83 orang sahaja dan mereka inilah yang menghidupkan kembali keturunan manusia.'The Sea Dragon'telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat sehingga menemui pantai.Tujuannya ialah ke Asia Tenggara,di mana sebelum itu terdapat kerajaan yang begitu makmur sebelum kesemuanya musnah dalam Banjir Besar.Mu atau Lemuria adalah nama yang diberikan oleh pengkaji merujuk kepada tanah ini.Ahli geografi menyebutnya sebagai 'Sundaland'.'The Sea Dragon' berasal dari bangsa yang memerintah tanah ini.

Di tanah ini pernah muncul legenda Raja Hari.Raja ini adalah raja yang disegani oleh kaumnya dan berperawakan hebat dan gagah.Beliau adalah pembina piramid-piramid yang besar.Kerajaannya amat makmur dan dicemburui kawan dan lawan.

'The Sea Dragon' telah sampai ke tanah ini dan mendapati sebahagian besar 'Sundaland' atau 'Mu' telah tenggelam.Jadi 'The Sea Dragon' telah menduduki satu tempat di Asia Tenggara pada hari ini.Dia dan anak-anaknya telah membangunkan sistem pertanian yang maju.Keturunannya semakin banyak dan ada yang berlayar ke Taiwan,Jepun dan melepasi lautan Pasifik.Keturunannya dari segi linguistik digelar Austronesia oleh pengkaji pada hari ini.Ini adalah Proto Melayu.

Ini adalah pandangan penulis secara rambang menurut kronologi petunjuk-petunjuk yang dikumpul setakat ini.Ilmu sejarah tidak akan habis dan ia adalah penyiasatan yang mengambil masa bertahun-tahun.

Berdasarkan deduksi dari pendapat Ibnu Athir,sejarahwan kerajaan Bani Abbasiah,Nabi Ibrahim diyakini telah berdakwah hingga ke Asia Tenggara selepas menurunkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di Tanah Arab.Di Asia Tenggara,sebahagian sumber mengatakan sekitar Indochina,baginda telah menikahi seorang gadis dan menurunkan bangsa Melayu fasa kedua.Ini adalah Melayu Deutro.

Gadis inilah yang digelar,"The Naga King's Daughter"!


Legenda Anak Perempuan Raja Naga


Ini adalah legenda yang terkenal,dikongsi oleh bangsa Khmer dan Cham.Orang Khmer mendakwa,bangsa mereka diturunkan oleh Mera,seorang puteri kepada raja yang memerintah sebuah pulau bernama Kok Thlouk.Seorang lelaki bertaraf pendeta telah tiba dan mengalahkan Mera (sebahagian versi mengatakan mengalahkan Raja Naga itu sendiri iaitu ayah kepada Mera).

A few months before his death, Buddha arrives at the island Kouk
Thlok (land of the thlok tree) and prophesies that a trakuot (a kind
of lizard) living there by a thlok tree would obtain rebirth as the
son of the king of Intakpath (Indraprastha) and later become king
of a new state at Kouk Thlok. In the year 1 of the Buddhist era
(commonly beginning with Buddha's death in 543 B.c.), the king of
the Chams is shipwrecked near the Dangrek Mountains, where he
forms a new state and also becomes ruler over Kouk Thlok. In
the year 100 of the Buddhist era, King Atichavong of Indraprastha
hands over portions of his kingdom to his sons; to the fourth,
named Preah Thaong, he gives the southern part. As a result of
disobedience, Preah Thaong is later exiled together with his people.
He arrives at Kouk Thlok, displaces the Cham ruler, and
himself becomes king. Later he meets the daughter of the naga
king on the beach. A marriage ceremony takes place in the subterranean
kingdom, after which the naga king creates a realm on earth
for his son-in-law by drinking up the ocean. The new land is
named Kampuchea. After nine months a daughter is born. In
the year 500 of the Buddhist era the Cham king comes with an
army from Laos, but they are beaten back. The daughter of Preah
Thaong and the naga princess then become pregnant by the god
Indra. Their son is Ketmealea, for whom Indra orders a palace to
be built by Viivakarman. In the year 600 of the Buddhist era
Preah Thaong dies.


Perenggan di atas adalah terjemahan Moura (1883) dan Poree-Maspero (1950) dari sebuah manuskrip diraja Khmer.

Perhatikan,mengapa penulis mengatakan sebelum ini,raja-raja Cham telah ada sejak era Cyrus The Great iaitu kira-kira 500 tahun sebelum Masehi.Menurut riwayat diraja Khmer ini,kapal Raja Cham telah terdampar di Pulau Kok Thlouk kira-kira 543 Sebelum Masehi.Selepas itu,Raja Cham tersebut telah memerintah Kok Thlouk sehingga kedatangan Preah Thong atau Sri Kambu atau digelar Kaundinya.Sri Kambu pada awalnya dikatakan berasal dari India,namun pengkaji Khmer moden mencadangkan Sri Kambu berasal dari satu kerajaan purba sekitar semenanjung atau di Borneo.Yang menariknya,Orang Cham dikatakan berasal dari Borneo.

Di sebelah Cham pula,hikayat ini terpahat di sebuah batu bersurat di Myson,Vietnam.Dua watak itu pula bernama Kaundinya dan Soma,anak perempuan Raja Naga itu.Dikatakan seorang raja Cham bernama Prakasadharma telah mengukir batu bersurat itu sebagai dakwaan dirinya adalah berasal dari keturunan Kaundinya dan Soma.

Dalam catatan China iaitu rekod kerajaan Qi Selatan,ada menyebut tentang legenda Mera dan Kaundinya*.Mera disebut sebagai Liu-Ye yang bermaksud 'Willow Leaf' oleh penterjemah Inggeris.Menariknya sejarahwan Champa mengidentifikasikan Liu-Ye sebagai Mayang Mengurai.Mungkin dari sifat pohon dedalu yang apabila menjadi banyak,dedaunannya mengurai panjang hingga ke tanah.Tapi janggal juga,sebab mayang ni selalu merujuk pada mayang pada kelapa,iaitu bunga pokok kelapa.

Kenapa Mayang Mengurai?Mayang Mengurai ini adalah berkaitan dengan mayang pohon kelapa.Cuba lihat tradisi cerita rakyat Terengganu,dan lagunya Ulek Mayang.Dukun menggunakan mayang kelapa lalu memukul tubuh pesakit.'Willow' pula bermaksud dedalu.Mungkin Liu-ye maksudnya Puteri Dedalu?Tetapi ini membawa konotasi negatif kerana selalunya dedalu dikaitkan dengan parasit dan diterjemah ke sifat manusia lebih kurang macam pisau cukur.Mungkin pencatat China tersalah tafsir apabila bunga pokok kelapa dilihat seperti daun dedalu.Apabila penulis mengkaji lagi rekod-rekod China purba,kemudiannya menjumpai contoh yang lebih tepat.Rupa-rupanya 'Liu-Ye' hanya disebut dalam rekod kerajaan Qi Selatan.Dinasti-dinasti lain menyebutnya sebagai 'Ye-ye' yang bermaksud 'Coconut leaf' (DAUN KELAPA)!!

Sejarah Melayu begitu misteri.

Kita boleh lihat sejarah Khmer telah mengakui seolah-olah sebelum wujud bangsa mereka,kaum-kaum Austronesia seperti orang Cham yang bahasanya punya hubungan dengan bahasa Melayu telah lama wujud di Indochina.Ini adalah sebab mengapa orang Cham disegani dalam sejarah Indochina sebagai 'ancient nation' setaraf dengan Mon dan Pyu.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa sebelum kedatangan orang Khmer,Thai atau Dai-Viet,Indochina atau 'Pulau Kok Thlok' ini telah lama didiami oleh suku-suku Austronesia.Terdapat 3 nama yang merujuk kepada lelaki yang datang ke Indochina dan berkahwin dengan puteri tempatan.Sri Kambu,Kaundinya dan Preah Thong.Manakala anak perempuan Raja Naga itu bernama Soma dan Mera.Sebagaimana Banjir Besar yang muncul pada kebanyakan mitologi bangsa-bangsa di dunia,penulis berpendapat kisah lelaki bijaksana yang datang mengahwini puteri tempatan di Indochina adalah perlambangan kepada Nabi Ibrahim yang berkahwin dengan puteri tempatan ketika berdakwah ke Timur.Ibnu Athir menamakan isteri ketiga Nabi Ibrahim sebagai Keturah sebagai 'yang menurunkan Bani Jawi'.Ketika itu,umat Nusantara digelar Jawi dan tempatnya digelar Tanah Jawi oleh para pedagang Arab era Abbasiah dan sebelumnya.

Bukti lain menunjukkan orang Melayu dan suku-sukunya adalah 'ancient nation' di Indochina ialah pada Prasasti Hanchey.


Prasasti Hanchey

Nama 'Malayu' itu sendiri terpahat dalam kuil suci di Kemboja,yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kompong Cham yang dinamakan Prasat Han Chey.Di dalamnya terdapat satu batu bersurat purba seawal abad ke-6 Masehi yang merupakan sejarah penting bangsa Khmer kerana skrip tulisan yang terpahat di atasnya adalah yang paling tua pernah ditemui.Prasasti ini mengandungi puji-pujian kepada Raja Bhavavarman II,anaknya juga beberapa orang terkenal,yang dipahat pada 35 baris ayat dalam bahasa Sanskrit.Bhavavarman II adalah seorang raja ketika era Chenla.Anehnya di dalam prasasti ini,Bhavavarman II menggelarkan dirinya,"Mala Malayu iva Malayam Raja" yang bermaksud "Raja-raja Mala dari Malayu" yang saya terjemahkan dari terjemahan Inggerisnya 'Mala Kings of Malayu' dalam terjemahan-terjemahan antarabangsa.

 Jitam induvatansena murddhna gangam babhara yah umabhrubhangajihmormmi malamalayuivamalayam raja cribhavarmmeti patir asin mahibritamapradhrishyamahasatvah tungo merur ivaparah

(perenggan pertama Prasasti Han-Chey)

Prasasti dipahatkan sejurus selepas Bhavavarman II usai menyerap sepenuhnya Funan ke negeri Chenla.Mengaku dirinya memegang gelaran 'Raja-raja Mala dari Malayu' menunjukkan gelaran itu adalah 'style' atau 'standard' khas bagi imperial Funan ketika ia tertegak.Jika benar,maka Funan merupakan kerajaan Melayu pertama jatuh ke bangsa asing iaitu Khmer,kemudian Champa ke tangan Dai-Viet dan seterusnya negeri-negeri Melayu Segenting Kra ke tangan Thai.

'Raja-raja Mala dari Malayu' mengandungi dua subjek.Pertamanya ialah Raja-raja Mala.Kata ini menunjukkan bilangan umum bukan secara individu menunjukkan satu garis keturunan atau puak tertentu.Kedua,Malayu.Kata 'dari Malayu' menunjukkan asal-usul Raja-raja Mala itu.'Malayu' menunjukkan tempat atau negeri.

Sekarang jelas bahawa sebelum kedatangan orang Khmer lagi,bangsa Melayu sudah lama wujud di Indochina dan ini disahkan oleh riwayat diraja Khmer dan Prasasti Hanchey.Jadi kita akan dapat petunjuk seterusnya,bahawa 'Raja Naga' yang disebut-sebut itu juga anak perempuannya adalah dari kalangan bangsa Melayu,tepatnya Proto Melayu yang telah mendiami Asia Tenggara beribu-ribu tahun dahulu,berasal dari 'The Sea Dragon'.

Sekarang kita akan membuka riwayat Mesir Purba dalam Ameni-amenna Codex untuk mengesan tradisi 'Raja Ular' di Asia Tenggara.


'Tale of the Shipwrecker Sailor'






Kisah pelayaran bertemu raja ini tersebut dalam kesusasteraan Mesir Purba dari Era Kerajaan Pertengahan 'Tale of the Shipwrecked Sailor',di mana pengembara dari Mesir Purba telah dihanyutkan arus laut dan terdampar di satu pantai.Dia kemudiannya telah bertemu dengan apa yang digambarkan 'berupa seperti ular besar' atau 'seolah-olah ular'.Raja ini ketawa mendengar kata-kata orang Mesir itu yang menawarkan hadiah berupa kemenyan wangi kerana menolongnya dalam kesusahan,tetapi anehnya raja ular itu sebaliknya memberitahu bahawa dia adalah raja bagi kepulauan itu yang memang kaya dengan wangian dan kemenyan.

Terdapat dua identiti di sini.Pertama,pelayar Mesir itu dihanyutkan arus laut.Berdasarkan kemampuan Mesir Purba membina kapal seperti yang terukir dalam bas-relief di makam-makam,maka boleh diandaikan bahawa pelayar itu cuba melepasi Laut Merah.Kemudian dia telah dihanyutkan oleh arus Lautan Hindi dan tiba ke pantai barat Indochina (Segenting Kra) atau mungkin ke Sumatera.

Keduanya ialah perawakan raja ular itu.Pelayar Mesir itu melihat seolah-olah ular yang besar.Ini sebenarnya ialah topeng yang dipakai atau perhiasan kepala yang dikenakan oleh raja itu,menampakkan seolah-olah seperti ular.Ini terbukti apabila topeng ular telah popular di kalangan Firaun Mesir selepas era Kerajaan Pertengahan terutama ketika Kerajaan Baru,seperti yang dikenakan oleh Tutankhamun.

Ketiga,Raja ular itu mendakwa kerajaannya kaya dengan kemenyan wangi.Kemenyan wangi adalah komoditi terulung Alam Melayu sehingga kemenyan dinamakan sebagai 'lubbanjawi' dan dari sini perkataan 'benzoin' terhasil.Kemenyan Melayu adalah paling bermutu kerana dari jenis benzoin resin dan wangiannya seperti bau 'vanila'.

Dalam kisah itu lagi,dikatakan bahawa pelayar-pelayar Mesir tidak berjumpa lagi pulau itu dan menganggap pulau yang didiami King of Serpent itu telah hilang,padahal arah mata angin telah berubah dan menyasarkan mereka ke arah lain.Sebab anehnya,kemenyan wangi dari King of Serpent tetap sampai ke Mesir melalui Lebanon dan negeri-negeri Arab.





 Adakah tradisi 'Naga' berasal dari Austronesia?

Kita sering disumbat dengan tradisi naga dari masyarakat China padahal perlambangan naga ini juga digunakan oleh orang Champa,Khmer,orang Eropah dan Melayu sendiri.Beowulf contohnya mengandungi adegan raja Anglo-Saxons yang membunuh naga.Di Eropah terdapat satu kelompok rahsia iaitu The Sect of Dragon Rites yang mendakwa mempunyai tradisi 'Darah Naga' sejak beratus-ratus tahun yang lampau.Sebenarnya,lama sebelum orang-orang di Tamadun Huang He pandai bertani,orang-orang di Alam Melayu sudah lama mempraktikkan teknologi pertanian.

Contohnya teres padi di Filipina yang diusahakan sejak beribu-ribu tahun dahulu.Juga peralatan pertanian kita lebih tua dari sebarang tamadun di dunia.Ada orang mengatakan bahawa itu 'carbon-dating' itu adalah usia batu,bukan bila ia digunakan.Namun kenapa usia batu piramid tidak menjangkau jutaan tahun?Adakah batu-batu di bumi baru muncul?Kenyataan itu salah sebab 'carbon-dating' akan berubah atas perubahan penggunaan sesuatu bahan.

Lama sebelum orang China mencipta layar yang boleh mengatasi arah mata angin,orang Melayu telah menggunakannya lebih awal.Ini menunjukkan bahawa sebenarnya tradisi 'Naga' adalah kemungkinan berasal dari Asia Tenggara apabila banyak aspek tamadun seperti di Ban Chiang,Bukit Bunuh,Land of Jar,Gunung Padang dan sebagainya menunjukkan bahawa Asia Tenggara adalah 'Cradle of Civilisation'.

Bersama Srikandi kita menemui suku-suku Proto Melayu seperti orang Jakun di sekitar Tasik Chini untuk mendengar legenda naga di kalangan suku-suku Austronesia.


Naga Tasik Chini

Amat menarik perhatian apabila orang asli suku Jakun di sekitar Tasik Chini,Pahang mempunyai legenda naga mereka sendiri.Naga ini dinamakan Seri Gumum.Menurut Peter A. van der Helm,seorang pengkaji,terdapat dua versi tentang Seri Gumum.Satu versi dari orang Jakun.Satu lagi dari orang Melayu.Ini tidak aneh kerana orang Jakun adalah Proto-Melayu yang masih tidak menerima perubahan sebagaimana Deutro-Melayu (majoriti Melayu hari ini) yang menerima perubahan kerana tinggal di pesisir pantai.Hubungan Melayu-Jakun adalah rapat dan mereka berkongsi legenda yang sama.

Dalam legenda ini ada dinyatakan seorang wanita yang memegang tongkat,bunyi salakan anjing,tunggul kayu yang mengeluarkan darah dan air membuak dari tongkat wanita itu yang akhirnya membentuk Tasik Chini.

Air yang membuak sehingga membanjiri kawasan adalah perlambangan kepada The Great Flood.Lihat bagaimana dalam masyarakat Melayu juga ada legenda tentang Banjir Besar.Ini menunjukkan bangsa Melayu antara bangsa yang tertua.

Perlu diingatkan bahawa orang Jakun yang mendiami Tasik Chini adalah berbahasa Austronesia manakala orang Semelai di Tasik Bera berbahasa Austroasiatik (Mon-Khmer).Ramai yang tersilap bahawa semua Orang Asli berbahasa mirip Mon-Khmer.Jadi legenda Tasik Chini adalah milik Austronesia.


Legenda Aji Saka dan Raja Matahari

Dalam mitos orang Jawa,Aji Saka adalah orang yang bertanggungjawab membawa peradaban kepada Tanah Jawa.Siapakah sebenarnya Aji Saka?

Dalam Riwayat Khmer jelas tertulis:

Terdapat seorang raja besar bernama Ajiraja,bersama para pegawainya dan orang-orangnya yang berjumlah 5000 orang,berlayar dari kerajaannya ke lautan luas.Ketika di tengah perjalanan,ribut telah membawa kapal-kapal mereka ke pantai berdekatan Gunung Dangrek dan kapal-kapal itu telah karam di pantai Kerajaan Besar di kaki Gunung Dangrek.Tidak mampu kembali,mereka menetap di kawasan pantai berdekatan Pulau Kok Thlok.Pulau itu digelar Nokor Kok Thlok.Kemudian raja Ajiraja mempunyai anak lelaki bernama Kravarltishraja.Selepas kematian Ajiraja,anak lelakinya mengambilalih kerajaan bapanya dan memenuhi impian ayahnya,mewariskan keturunan sehingga sekarang.

 Ajisaka mengikut riwayat Khmer adalah seorang raja dari satu kerajaan yang tiba di Kemboja,ini bermakna raja ini mungkin dari arah Borneo atau pesisir semenanjung.Lautan luas itu adalah Laut Champa atau Laut China Selatan.

Tulisan yang dibawa oleh Ajisaka ialah Hanacaraka Jawa yang merupakan Brahmi yang memakai gaya tulisan Champa.
 
Tulisan Cham pada batu bersurat

Huruf Cham

Kaitan tulisan-tulisan Nusantara dengan Hanacaraka
Perhatikan gaya Hanacaraka mirip gaya Cham
Huruf Hanacaraka


Penulis berpendapat,Ajisaka ialah Ajiraja,seorang raja dari Malay city-states mirip Chihtu,Pan-Pan atau Tan-Tan yang mengembara ke Kemboja dan Mataram.

Hipotesis kedua,ialah raja-raja Cham yang mengembara ke Jawa dan Kemboja.Sarjana berpendapat orang Cham telah bermigrasi ke Indochina dari Borneo beberapa abad Sebelum Masehi lagi.Ini tepat seperti dalam Riawayat Diraja Khmer yang mnegatakan bahawa Raja Cham telah ada di Indochina seawal 500 tahun Sebelum Masehi lagi.

Persoalan tentang Raja Matahari pula memerlukan penulis mengkaji dalam bidang Egyptologi kerana rekod tentang MaatHeru hanya dapat diakses di Muzium British dan Muzium Kaherah.Perkaitan MaatHeru dan MataHari amat menarik kerana perkataan 'Mata' adalah perkataan teramat kuno dalam masyarakat Austronesia dan dikongsi dalam banyak etnik Austronesia bersama.

Perlu diingatkan bahawa The Sea Dragon,iaitu Bapa kepada bangsa Melayu adalah orang hidup sebelum dan selepas Banjir Besar.Keturunannya menetap di Indochina ke semenanjung hingga ke pulau-pulau sekitarnya.Selepas itu baru episod Nabi Ibrahim berdakwah ke Timur dan mengahwini gadis tempatan,menurut sejarahwan Arab Ibnu Athir.



The Origin of The Sea Dragon part I Completed.




The Bloodline of Naga King's Daughter
The Secret of Kukulkan & Quetzalcoatl
The Tale of The Sea Dragon
The Origin of The Dragon

No comments:

Post a Comment