Orang Rom?Salah.Yunani Greek?Salah.
Srikandi bagitau.Yang bina Petra ialah satu suku Arab Purba yang sudah pupus hari ini iaitu kaum Nabatean atau Al-Anbat dalam Bahasa Arab.Bahasa mereka adalah campuran Aramaik dan Arab.Aramaik dan Arab ni bahasanya macam Melayu dengan Mendeleng lah...satu rumpun dan serasi antara satu sama lain.Maknanya orang Aramaik ni boleh faham kehendak orang yang berbahasa Arab.Macam Srikandi...Srikandi boleh faham apa yang nak dimaksudkan oleh embah Jawa kat kampung sebab perkataan-perkataan Jawa dan lenggoknya serumpun dengan bahasa Melayu.
Jom,ikut Srikandi!
Jalan la cepat sikit!Nak tau kenapa bandar purba ini tersembunyi sejak beratus-ratus tahun dari pengetahuan dunia?Inilah sebabnya.Bandar ini tersembunyi di sebalik bukit-bukit batu dan pasir merah yang mengasyikkan.
Ok...sekarang kita sampai ke satu struktur yang paling popular di Petra.Inilah dia Al-Khazneh atau Perbendaharaan (The Treasurer).Asalnya digunakan sebagai makam,kemudian pernah dijadikan tempat penyimpanan.Legenda mengatakan sekumpulan perompak atau lanun telah menjadikan tempat ini sebagai gudang persembunyian harta rompakan mereka,dan sudah tentu dari legenda ini nama Al-Khazneh (Perbendaharaan) diberi.
Jom jalan-jalan lagi....selain Al-Khazneh,kebanyakan 'rumah-rumah' penduduk ditebuk pada dinding-dinding bukit.Ini mengingatkan kita pada kaum Tsamud dalam Al-Quran yang mahir menebuk bukit-bukit untuk dijadikan tempat tinggal.
Ramai pengkaji berpendapat kaum Nabatean ini kemungkinan besar adalah kaum Tsamud atau warisan dari kaum Tsamud yang ditimpa bala bencana akibat kekufuran mereka.
Senibina Nabatean ini menyerupai pula senibina di Madain Saleh iaitu satu lagi penempatan purba yang terletak di barat laut Arab Saudi.Dikatakan kaum Lihyan iaitu satu lagi suku Arab Purba yang bersekutu dengan kaum Nabatean ini yang membina penempatan di Madain Saleh.
Madain Saleh |
Kaum yang membina Madain Saleh ini juga didakwa oleh ramai pengkaji bahawa menepati ciri-ciri kaum Tsamud.Jadi jika dalam AlQuran ada menceritakan satu kaum yang pandai menebuk bukit-bukau untuk dijadikan penempatan,maka kita sudah ada banyak bukti bahawa trend menebuk bukit ini memang ada pada orang-orang di sekitar Arab.AlQuran adalah benar dan menceritakan SEJARAH SEBENAR.
Petra mula dikenali oleh masyarakat Barat setelah diwar-warkan oleh pengembara Sweden,Johann Ludwig Burckhardt.Petra mula menjadi terkenal di kalangan 'Indiana Jones' iaitu para pengembara dan pengkaji Eropah dan Petra dianggap kota yang hilang (The Lost City) kerana terletak di celah-celah gunung dan tersembunyi padahal bagi masyarakat Arab sekeliling,kota itu tidaklah begitu asing cuma mereka jarang ke situ kerana terpengaruh dengan mitos ataupun kedudukannya yang tersorok dikhuatiri menjadi tempat bersembunyi orang-orang jahat.Sebahagian kota juga tertimbus,seperti The Great Temple of Petra.Namun semasa tinggal sekitar 2 tahun di negara-negara Arab,Burckhardt telah mendengar pelbagai sumber,sama ada dari cerita-cerita hikayat,catatan pengembara sehingga kepada sumber-sumber bertulis mengenai 'kota kaum Arab purba' yang hilang.Ketika itu,pandangan masyarakat Barat tentang orang Arab adalah seperti era Jahiliah dahulu,iaitu kaum yang tidak punya apa-apa,sementelah telah beratus tahun keruntuhan empayar-empayar Islam di bawah pentadbiran raja-raja Arab serta kekhalifahan telah berpindah kepada bangsa Turki.Jika bukan sebab sejarah Islam,orang Arab tidak punya apa-apa catatan tamadun agung sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.Ramai tertawa dan mengejek apabila diceritakan tentang kaum Arab purba yang memahat kota di gunung-gunung batu.Namun Burckhardt tidak mempedulikan semua itu,apabila percaya sumber-sumber berita tentang kota itu adalah benar.
Selama tinggal di Syria,Burckhardt mengunjungi Palmyra,Damsyik,Lebanon dan membuat beberapa perjalanan kembara lainnya di wilayah tersebut.Salah satu perjalanan,di Jordan sekarang,dia akhirnya berjaya menemui kompleks peninggalan yang menakjubkan;Al Khazneh di Petra yang tidak ditemui selama lebih 1000 tahun.Penemuan ini kemudiannya telah berjaya mendedahkan sejarah kaum Arab purba itu;yang dipanggil Nabatean.Kaum ini adalah Arab asli dan mereka juga menyembah tiga Tuhan Arab Jahiliah yang popular Al-Lata,Al-Manat dan Al-Uzza.Ini telah mengubah pandangan ahli sejarah tentang bangsa Arab.Selepas kejatuhan Nabatean ke tangan Rom pada tahun 106 masehi,orang Arab telah jatuh ketamaduannya.Kaum Nabatean juga telah pupus perlahan-lahan apabila mula memeluk agama Kristian dan menukar bahasa dan tulisan mereka kepada tulisan Greek dan berbahasa Latin Rom.
Okaylah...Srikandi dah letih ni...Srikandi nak singgah jap dekat orang Arab sana tu yang jual botol-botol pasir pelbagai warna.Jom tengok...canteekkknyerrr.....nak ahhh.
Besok kita terbang ke Iran pulak ek.
~Srikandi
"Berkhidmat Untuk Negara"
Cikgu Lawatan Sambil Belajar
No comments:
Post a Comment