Tuesday 14 January 2014

SJJS: Acropolis,Athens




Kita akan bergerak ke Athens di Greek.Dalam hikayat-hikayat Melayu,Greek (Greece) dipanggil sebagai Yunani,berasal dari kata 'Ionia' iaitu satu wilayah Greek Kuno yang kini terletak di dalam Turki.Bangsa Greek antara yang terawal menubuhkan konsep negarakota (city-states) dan dari konsep ini wujudnya apa yang dinamakan struktur politik yang menjurus kepada republik dan demokrasi.

Okay,Srikandi akan bawa anda semua ke bekas runtuhan di atas bukit.Ia dinamakan Acropolis.Acropolis secara istilah ialah penempatan yang dikelilingi tembok tinggi dan biasanya terletak di atas bukit.Acropolis terletak di Anthens,iaitu salah satu negarakota Greek yang terkenal.Acropolis terletak di atas sebuah bukit dan dilindungi tembok tinggi (citadel).

Apakah Acropolis sebenarnya?Mari ikut Srikandi.

 
 Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m,dan ada beberapa runtuhan bangunan purba yang merupakan kuil-kuil Greek.Acropolis mula dibina pada 1300 tahun Sebelum Masehi.Acropolis sempat menikmati zaman kegemilangannya sehingga Empayar Achaemenid Parsi menghancurkannya pada tahun 480 SM. Setahun kemudian tentara Greek mengalahkan Parsi dan membina semula kuil-kuil itu.Antara tahun 467 sehingga 404 SM, bangunan tersebut selesai dibina.

Acropolis terdiri daripada bangunan-bangunan yang kebanyakannya ialah kuil-kuil penyembahan kepada dewa-dewi Greek.Yang paling terkenal adalah Parthenon.Srikandi 'highlight'kan beberapa darinya:

 1. Parthenon

 

Parthenon adalah sebuah kuil di Acropolis Athens, Greece,khusus untuk Dewi Athena,dimana rakyat Athens menganggapnya dewa penaung mereka.Pembinaannya bermula pada 447 SM apabila negarakota Athens adalah pada kemuncak kuasanya.Ia siap dibina pada 438 SM,walaupun kerja-kerja hiasan bangunan itu berterusan sehingga 432 SM.Ia adalah bangunan yang masih hidup yang paling penting merujuk kepada era klasik Greek.Seni ukir di dalam bangunan ini menunjukkan tahap ketinggian senibina Greek yang cemerlang.



Dalam Hikayat Merong Mahawangsa,tentera 'Rom' telah datang ke Kedah untuk berbincang dengan Merong bagi tugas-tugas tertentu untuk perkahwinan antara putera 'Rom' dan puteri Cina.Tentera 'Rom' ini kemungkinan besar adalah tentera Greek yang datang ke sini dengan menumpang kapal Melayu atau 'Possu' dalam bahasa China Kuno,merujuk kepada kapal-kapal Melayu yang tahan lasak.Tentera Greek/Yunani inilah yang membina Candi Lembah Bujang,di mana layout dan pelan tapaknya menyerupai pelan Parthenon.

2. Kuil Lama Athena



  
Merupakan kuil kuno yang terletak di Acropolis Athens Sehingga kemusnahan oleh orang Parsi dalam kempen peperangan mereka dengan musuh tradisi Greek, ia berfungsi sebagai kuil Athena Polias,dewa penaung kota Athens.Ia terletak di tengah-tengah dataran Acropolis,dipercayai dibangunkan di atas tinggalan istana Mycenaean.Relik penting dalam kuil ini ialah patung kayu Athena,kononnya terjatuh dari langit, yang telah dimusnahkan oleh tentera Parsi pada tahun 480 SM.

3. Erechtheion




Kuil Yunani purba di sebelah utara Acropolis Athens di Greek yang didedikasikan kepada dewa-dewi Athena dan Poseidon.

Seluruh kuil dibina di atas cerun, jadi di sebelah barat dan utaranya ialah kira-kira 3 m (9 kaki) lebih rendah daripada di selatan dan timur kuil ini.Ia dibina sepenuhnya daripada marmar dari Gunung Pentelikon,dengan friezes (satu seni hiasan Doric Greek purba) batu kapur hitam dari Eleusis yang mengandungi ukiran yang ditempa di atas marmar putih.Ia penuh ukiran pintu dan tingkap,dan tiang-tiang yang telah dihiasi dengan indah serta dicat rapi.Ia berlapis emas dan ditonjolkan dengan gangsa sepuhan dan berwarna-warni manik dan kaca sisipan.Mewahkan mereka menghias kuil ini?

Mungkin dekorasi yang paling terkenal dari kuil ini ialah sekumpulan patung wanita Greek yang bertindak sebagai tiang menyokong binaan atap kuil:

 


Kreatifkan?


4. Propylaea

 
  
Merupakan pintu gerbang atau pintu masuk ke Acropolis.

Berfungsi sebagai pintu masuk monumental ke Acropolis,Propylaea dibina di bawah arahan umum pemimpin Athens Pericles,tetapi Phidias telah diberi tanggungjawab untuk merancang pembinaan semula Acropolis secara keseluruhan pada akhir Perang Parsi.Menurut Plutarch, Propylaea direka oleh arkitek Mnesicles, Pembinaan bermula pada 437 SM dan telah ditamatkan pada 432,namun bangunan itu masih belumdisiapkan sepenuhnya.




Gerbang Bradenburg di Berlin dan Propylaea di Munich adalah contoh binaan yang ditiru dari Propylaea.

5. Kuil Anthena Nike

 

 Merupakan sebuah kuil di Acropolis Athens.Dibina antara 427 dan 424 SM,kuil ini adalah kuil yang paling awal dengan gaya Ionik sepenuhnya di Acropolis.Ia mempunyai kedudukan yang tinggi pada kubu curam di sudut selatan barat Acropolis di sebelah kanan pintu masuk,Propylaea. 

Secara kontrasnya,Acropolis dimasuki melalui Propylaea,manakala Kuil Athena Nike ini pula dalam posisi terbuka,di mana pengunjung boleh masuk dari barat daya sayap Propylaea dan dari tangga kecil di utara. Terdapat dinding semata-mata kubu yang dilindungi di utara, barat, dan selatan oleh dinding 'jambatan Nike' dinamakan sempena para penyembah Dewi Athena Nike yang meraikan kemenangan dan pengorbanan bagi dewi sembahan mereka,Athena Nike.

******@@@*******

Ok,mari kita fikir...bagaimana orang zaman dahulu boleh membina bangunan-bangunan di atas bukit yang tinggi.Bayangkan betapa susahnya mereka mengangkut batu-batu yang berat dan menyusunnya di atas bukit.Berapa ramai pekerja?Apa teknologi yang dipakai.Semestinya ia mengambil masa yang lama dan kesabaran yang tinggi.

Ok...Srikandi nak rehat jap kat Parthenon.Korang semua bolehlah bersiar-siar di sekitar Acropolis ni.Jangan sesat sudah.




  

~cikgulawa

No comments:

Post a Comment