Sunday 19 January 2014

Laporan Khas Tamadun Lembah Bujang



Pada awal Disember lalu,saya dan sekumpulan pengkaji dari kelab sejarah saya,punk_historian telah berkesempatan melawan kawasan arkeologi Lembah Bujang.Apabila sampai di kawasan tapak arkeologi,saya dapati standard pengkajian seperti sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.Saya biasa melihat bagaimana cara para pengkaji Barat mengkaji sesuatu tapak dengan standard yang tinggi dan membuat 'cross-reference' secara terperinci.

Acapkali deduksi yang saya lihat dari laporan arkeologi Lembah Bujang ialah mengaitkan ia dengan tempat ibadat atau keagamaan.Para pengkaji jarang malah tidak membuat kajian khusus tentang perdagangan,ekonomi dan pemerintahan di Lembah Bujang.Siapa yang membina Lembah Bujang?Takkanlah para pendeta pula yang membina Lembah Bujang.Tahukah anda,bahawa layout tapak arkeologi Lembah Bujang adalah menunjukkan pelan sebuah bandar!Terdapat lebih 50 buah bangunan yang diperbuat dari batu-bata dan kesemuanya digazetkan oleh pengkaji kita sebagai candi.Ini kesilapan besar.Untuk apa candi dibina banyak-banyak?

Sebelum saya mengulas lebih lanjut,mari kita membaca laporan tentang tapak arkeologi Lembah Bujang ini:

 1.0 Pengenalan

Proto sejarah merupakan satu jangka masa di antara zaman pra sejarah dan zaman sejarah mula ditulis. Zaman transisi di antara prasejarah kepada sejarah dipanggil protosejarah. Menurut Munandar ciri-ciri zaman protosejarah terdapat dua iaitu:

1. Terdapat catatan tentang suatu bangsa di suatu wilayah telah ditulis oleh bangsa lain yang telah mengenal tulisan, sedangkan bangsa yang beritanya dicatat itu masih belum mengenal tulisan.

2. Terdapat catatan di suatu wilayah  yang sudah dikenal peninggalan yang mempunyai bentuk-bentuk seperti “tulisan”, tetapi belum dapat dibaca atau diertikan hingga saat ini.

Dalam konteks Malaysia sumber awal sangat terhad, malah dalam banyak perkara kita terpaksa merujuk kepada sumber dari Arab, Cina, India dan Eropah bagi menulis semula sejarah zaman proto. Maka tidak hairan banyak penulisan sejarah awal Malaysia lebih memberikan fokus terhadap sejarah selepas Melaka. Justeru tidak banyak kawasan yang didapati memiliki sumber sejarah sama ada berdasarkan sumber luar maka penemuan yang besar hasil usaha cari gali di Lembah Bujang sangat penting untuk menulis sejarah awal Malaysia sejak awal kurun Masehi lagi. Penemuan tapak-tapak zaman proto sejarah di tempat lain juga tidaklah sebanyak di Lembah Bujang. Kepentingan Lembah Bujang atau Kedah Tua dapat dilihat berdasarkan dua sumber yang penting iaitu berdasarkan catatan sumber asing dari India,Arab dan Cina; dan juga sumber arkeologi iaitu berdasarkan sumber arkeologi yang menunjukkan peranan Kedah sebagai tempat perdagangan di Asia Tenggara. Kajian menunjukkan telah wujud kerajaan Melayu awal di Lembah Bujang sekurang-kurang sejak abad ke-6M hingga abad ke-13M. kerajaan ini dipercayai memainkan peranan penting sebagai pusat perdagangan dan komersil di antara timur dan barat.

2.0 Rekod Bertulis

2.1 Berdasarkan sumber asing

Peranan Lembah Bujang dilihat sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara dengan memiliki lokasi di antara laluan perdagangan Arab, Farsi, India dan Cina. Justeru, sebagai kawasan persinggahan perdagangan  muncullah beberapa istilah seperti  Survanabhumi (negeri emas) oleh G.Coedes, Yavadvipa (pulau emas dan perak), Suvarnadvipa (pulau emas) oleh D.G.E. Hall yang merujuk kepada kawasan Asia Tenggara khususnya Lembah Bujang.
          
 Catatan tentang negeri Kedah berdasarkan sumber India iaitu yang terkandung di dalam sebuah puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang ditulis di antara abad kedua Masehi hingga ketiga Masehi menyebut Kedah sebagai “Kalagam” yang dikatakan mempunyai pengertian yang sama seperti “Kandaram” iaitu Kedah. Ini disokong oleh catatan pada batu bersurat kerajaan Chola bertarikh 1030 Masehi pula menunjukkan dengan jelasnya bahawa “Kandaram” merupakan “Kataha” yang disebut dalam cerita-cerita lama Sanskrit terutamanya di dalam drama Kaumudimahotsava yang ditulis di antara abad ke-7M/8M. Ringkasnya terdapat jalinan hubungan melalui perdagangan sejak zaman Gupta (4M-9M), dan Chola (9M-13M). Selain peranan pedagang-pedagang India, peranan pedagang-pedagang tempatan Kedah dikatakan amat penting dalam hubungan di antara India dan Kedah. Justeru bukan hanya pedagang-pedagang luar yang datang ke Kedah tetapi orang tempatan telah terlibat dalam perdagangan dunia.

Melalui rekod China, negeri Kedah juga dikenali sebagai “Chieh-ch’a” atau “Kie-tch’a” oleh ahli-ahli pelayaran China di abad ke-7M. Selain menjalankan perdagangan, pelayar Cina turut pergi ke India untuk tujuan mempelajari keagamaan iaitu agama Buddha. Dalam perjalanan ke India mereka telah singgah ke Srivijaya untuk belajar bahasa Sanskrit. Salah seorang dari mereka ialah I-Tsing yang telah singgah di Srivijaya pada tahun 672M dan kemudiannya juga telah singgah di Kedah pada 673M. Setelah belajar selama 12 tahun di Universiti Nalanda dan dalam perjalanan balik ke China beliau telah singgah sekali lagi di Kedah pada tahun 685M. berdasarkan catatan oleh pelayar China adalah tidak dinafikan pentingnya Kedah sebagai pusat perdagangan di rantau Asia Tenggara. Malah dikatakan negeri Kedah turut memiliki hubungan dengan negeri China sejak abad ke-7M.

Sumber Arab menyatakan Kedah (Kalah) terletak di antara India dan China. Menurut catatan oleh Ya’qubi pada abad ke-9M, negeri Kedah terletak selepas laut Harkand (Ceylon) sebelum sampai di sebuah selat (Selat Melaka). Catatan oleh Sulaiman-al-Mahri juga pada abad 851M turut menyatakan tentang wujudnya kerajaan bahawa Negeri Kedah (Kalah-bar) merupakan negeri yang bebas daripada naungan kerajaan Srivijaya dan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber kayu, mineral dan hasil hutan.

Walaupun catatan mengenai Negeri Kedah yang dibuat oleh ahli-ahli pelayaran India, China dan Arab dan juga melalui rekod-rekod yang terdapat di dalam karya - karya sastera India adalah sangat kabur dan sukar untuk dikenal pasti dengan tepat tetapi sekurang-kurangnya telah ada sumber-sumber bertulis yang merekodkan mengenai kepentingan negeri Kedah atau Lembah Bujang pada zaman awal. Melalui rekod ini kita dapati kawasan Lembah Bujang merupakan destinasi perdagangan yang sangat popular pada zaman protosejarah. Maka tidak hairanlah kita dapati begitu banyak jumpaan  arkeologi di kawasan Lembah Bujang. Dengan catatan bertulis yang begitu sedikit sekurang-kurangnya dapat memberi panduan dan mengisi ruang kosong dalam penulisan semula sejarah Malaysia dari awal abad pertama hingga abad ke-15M.

2.2 Rekod Hikayat Sastera Tempatan

            Selain melihat kepada sumber luar, keagungan negeri Kedah turut boleh dilihat melalui sumber hikayat sastera. Antara hikayat yang boleh dirujuk misalnya Hikayat Merong Mahawangsa, al-Tarikh Salasilah, dan Sejarah Kedah. Berdasarkan catatan ketiga-tiga hikayat ini terdapat unsur Hindu, Siam dan Islam pada nama pemerintah awal negeri Kedah. Sekiranya kita melihat perbandingan jumpaan arkeologi dan susunan agama yang masuk ke negeri Kedah, ia seolah-olah bertepatan dengan fakta sejarah bahawa telah ada unsur agama Hindu, Buddha dan Islam di Kedah. Begitu juga dengan susunan pemerintah berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa iaitu terdapat tujuh orang pemerintah sebelum kedatangan Islam yang juga menggunakan gelaran Sanskrit-Siam misalnya Marong Mahawangsa, dan Phra Ong Maha Podisat. Malah karya-karya sastera jelas menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang rapat di antara negeri Kedah dengan Perak, Pattani dan Ayutthaya. Walau bagaimanapun sumber hikayat mesti digunakan secara berhati-hati disebabkan konsep sejarah pada masyarakat Melayu tradisional berbeza dengan konsep penulisan sejarah moden.

3.0 Berdasarkan sumber arkeologi

            Disebabkan dokumen bertulis amat terhad iaitu daripada sumber hikayat lama dan catatan pedagang luar, maka bukti daripada penemuan arkeologi sangat penting bagi membantu menulis semula sejarah Malaysia sejak awal abad pertama Masehi. Ditambah pula catatan  bertulis dan hikayat memberikan gambaran yang sangat kabur tentang sejarah Kedah Tua maka sumber arkeologi di Lembah Bujang akan dapat membantu memberikan bukti kepada data bertulis yang sedia ada. Jumpaan bahan arkeologi di Lembah Bujang meliputi tapak candi Hindu-Buddha, tembikar tanah,  tembikar batu, celadon, porselin, manik, serpihan kaca,dan juga yang terbaru adalah bangunan dan kilang melebur besi pada abad ke-3SM. Jumpaan-jumpaan arkeologi sangat penting malah dikatakan boleh mengubah penulisan sejarah di Asia Tenggara tentang peranan Lembah Bujang. Justeru, sejak tahun 1840-an hingga 2010, lebih daripada 50 usaha cari gali telah dilakukan yang telah berjaya menambah koleksi bahan-bahan arkeologi dan membantu mentafsir semula sejarah Kedah Tua dan Malaysia amnya.

3.1 Periodisasi Lembah Bujang protosejarah

Sebelum kita melihat bukti-bukti arkeologi di Lembah Bujang dikemukakan di sini tentang teori-teori atau tesis yang cuba menerangkan zaman awal Kedah di sekitar Lembah Bujang melalui pendekatan arkeologi. Di antaranya Wales, Lamb, dan Wheatley. Menurut Quaritch Wales perkembangan Lembah Bujang boleh dilihat melalui empat tahap penjajahan dari India iaitu:

   Tahap awal meliputi jangka masa di antara awal Masehi hingga abad ke-3 Masehi. Hujah beliau berdasarkan jumpaan manik.

   Tahap kedua bermula di antara tahun 300M hingga 550M. Hujah beliau berdasarkan kepada batu-batu bertulis dan tapak-tapak 1 hingga 3. Masyarakat pada ketika itu dipercayai beragama.

   Tahap ketiga di antara tahun 550 hingga 750 Masehi. Dalam tempoh ini dikatakan terdapat perubahan kebudayaan disebabkan penaklukan oleh empayar Hindu Pallava ke atas Kedah. Bukitnya menurut beliau boleh dilihat pada tapak-tapak 4 hingga 9 di Lembah Bujang yang dianggap sebagai kuil Siva.

    Tahap keempat di antara 750M hingga 900 Masehi. Dalam tempoh ini unsur kepercayaan Buddha dari Selatan India yang mempunyai unsur-unsur Pala Mahayana dikesan di Lembah Bujang.


Wheatley turut mengemukakan tempoh kewujudan Lembah Bujang. Menurut beliau sejarah Kedah bermula ketika Gunung Jerai, Bukit Penjara dan Bukit Batu Lintang masih lagi merupakan pulau dan dikatakan pedagang dari India telah berhubung dengan masyarakat tempatan.

    Kira-kira pada abad ke-5M, agama Buddha telah dianuti oleh masyarakat di Lembah Bujang. Melalui hubungan dengan India yang panjang, 300 tahun selepas itu ajaran Buddha di Kedah dikatakan telah diresapi oleh unsur-unsur Saivisme.

    Bentuk-bentuk candi yang menghala ke timur menunjukkan amalan linga di kalangan masyarakat Hindu di Kedah.

    Pada abad ke-8M hingga 9M terdapat unsur-unsur Mahayana pada ajaran Buddha di Kedah. Beliau menyatakan di samping penglibatan pedagang India terdapat juga pedagang dari Arab dan China di Lembah Bujang sejak abad ke-8M.

    Serangan Raja Chola pada tahun 1025M-1030M menyebabkan lupuhnya Lembah Bujang. Srivijaya yang turut diserang telah berjaya pulih tetapi berbeza dengan Lembah Bujang yang gagal untuk mengembalikan keagungannya.


Walau bagaimanapun pandangan Wales telah ditolak oleh Lamb dengan mengemukakan pandangan yang lain berasaskan kepada bukti-bukti arkeologi. Malah penemuan candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang membawa Lamb mempersoalkan kebenaran tesis Wales. Lamb turut membahagikan pendudukan di Kedah kepada empat peringkat juga iaitu :

    Fasa Buddhisme awal – Buktinya terdapat tiga inskripsi yang dijumpai oleh Low dan Wales yang dibuat atas arahan Buddhagupta bagi menjamin keselamatan pelayaran. Ketiga-tiga inskripsi ini mempunyai teks yang sama dan diberi tarikh abad keempat atau kelima Masehi.

    Fasa Srivijaya – Terdapat persamaan jangka masa pada Arca gangsa yang dijumpai di Sambas, Kalimantan, Indonesia dengan aktiviti perdagangan di Takuapa, Thailand yang juga mengamalkan aspek kepercayaan Buddha Mahayana dan tantrik. Kepercayaan ini turut diamalkan di Perak pada abad ke-7M hingga 9M.

    Fasa Pengkalan Bujang wujud selepas abad ke-11 Masehi iaitu selepas jatuhnya Takuapa sebagai pusat perdagangan. Pada masa ini Lembah Bujang berkembang di sekitar Sungai Bujang dan Merbok, Batu Lintang dan Tikam Batu. Lembah Bujang merosot sebagai pusat perdagangan pada abad ke-14M. Lembah Bujang mula bangkit setelah serangan yang dilancarkan oleh Raja Chola. Fasa ini juga menampakkan peranannya Lembah Bujang pengantara yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan dunia luar.

    Fasa Kuala Muda berkembang setelah Lembah Bujang mencapai kemuncaknya dan dicirikan oleh seramik jenis Ming biru dan putih.


Agak sukar menentukan pendapat yang manakah paling munasabah dalam menghuraikan periodisasi Lembah Bujang. Walau bagaimanapun ketiga-tiga pendapat ini memperlihatkan usaha menghuraikan sejarah Lembah Bujang sebelum abad ke-14M, iaitu sekitar abad ke-3M hingga abad ke-14M. Persoalan yang sering dikemukakan mengenai Lembah Bujang ialah mengenai tarikh kemerosotan kawasan tersebut. Selain memberi alasan serangan Raja Chola oleh Wales dengan jangka masa yang lebih awal, Lamb pula menyatakan punca kemerosotan Lembah Bujang adalah disebabkan oleh perubahan struktur aliran sungai di Lembah Bujang yang menjadi kurang dalam dan jauh di pedalaman. Bahkan sejak abad ke-14M telah muncul kawasan di selatan Semenanjung yang memberikan saingan kepada Lembah Bujang.


3.2 Sumber Arkeologi

3.2.1 Candi

            Lembah Bujang memiliki koleksi candi yang begitu banyak berbanding lain-lain tapak arkeologi di Malaysia. Dengan jumlah yang begitu banyak maka tidak hairanlah mengapa Lembah Bujang sangat penting sebagai kawasan kajian sejak 100 tahun yang lepas. Istilah candi merujuk kepada kuil Hindu-Buddha yang pernah digunakan oleh masyarakat Kedah Tua. Istilah candi berasal daripada perkataan Candika (nama isteri Dewa Siva) ataupun merupakan kependekan daripada istilah Candika-graha (rumah kuil). Candi berfungsi sebagai :

    Memuliakan orang yang telah mati, terutamanya raja, pembesar atau golongan Brahmin. Justeru abu mayat yang telah dibakar di tempatkan di tengah-tengah bangunan candi sebagai penghormatan. Biasanya abu mayat diletakkan dalam cepu batu (relikuari) dan di tempatkan di bahagian vimana sesebuah candi.
    Tempat melakukan upacara keagamaan yang bersifat harian ataupun tahunan.

            Berdasarkan penemuan candi di Lembah Bujang, kegunaan candi bergantung kepada fahaman agama yang dianuti iaitu Buddha ataupun Hindu. Walau bagaimanapun ciri umum pada candi tetap kekal iaitu terdapat bahagian vimana dan mandapa yang dihubungkan secara langsung ataupun tidak langsung. Dari segi material kebanyakan candi di Lembah Bujang menggunakan batu bata, batu granit, batu sungai dan batu laterit. Manakala dilihat dari segi bentuk boleh dibahagikan kepada tiga bentuk yang utama iaitu:

    Segiempat memanjang contohnya Candi Tapak 8 (Candi Bukit Batu Pahat) dan Tapak 19 (Pangkalan Bujang)
    Segi lapan contohnya Candi Tapak 17 (Candi Bukit Pendiat).

    Lapan penjuru yang menghala keluar pada setiap sisi misalnya candi Tapak 21 (Kampung Pangkalan Bujang)


            Kewujudan banyak tapak-tapak candi ini jelas menunjukkan pengaruh agama Buddha dan Hindu yang di anuti oleh penduduk awal Lembah Bujang. Hubungan perdagangan dengan India dan Srivijaya juga telah memperkuatkan pengaruh agama Buddha dan Hindu di samping dibawa oleh pedagang-pedagang dari India.

            Menurut Quaritch Wales, candi-candi ini merupakan tinggalan daripada tempat ibadat yang dibina untuk memuja dewa-dewi Buddha dan Hindu yang dibawa oleh peneroka atau penghuni dari India. Quatrich beranggapan pedagang yang datang itu membawa bersama kebudayaan dari India Selatan dan megembangkannya di sekitar Lembah Bujang. Pengaruh proses keindiaan ini dikatakan jelas dengan peranan yang dimainkan Kerajaan Pallava iaitu mazhab Siva. Walau bagaimanapun pandangan ini ditentang oleh Lamb yang menyatakan bahawa Candi Bukit Batu Pahat bukanlah sebuah kuil Siva tetapi lebih kepada pemujaan tantrik.

Malah penemuan cepu-cepu (caskets) granit di candi-candi menguatkan hujah Lamb bahawa terdapatnya unsur India (Buddha dan  Hindu) dan unsur kepercayaan tempatan bercorak amalan Jawa dalam pemujaan.

            Di lihat dari segi senibina adalah tidak dinafikan unsur-unsur Buddha dan Hindu sangat jelas. Walau bagaimanapun kita tidak harus mengenepikan peranan senibina tempatan pada candi. Menurut Lamb, terdapat perbezaan di antara candi di Lembah bujang khususnya Candi Bukit Batu Pahat dengan candi di India Selatan iaitu terdapat batu-batu granit yang berlubang di tengahnya untuk meletakkan tiang-tiang kayu. Justeru kemungkinan atap candi diperbuat daripada daun nipah. Justeru, binaan seperti ini tidak terdapat di India Selatan, malah jumpaan candi di Kedah jelas menunjukkan unsur-unsur tempatan iaitu atap nipah, batu dan kayu. Unsur-unsur seperti adalah lumrah terdapat pada rumah-rumah kampong di Malaysia ataupun Indonesia. Persamaan candi Lembah bujang dengan Biaro Si Topajan di Sumatera menunjukkan telah ada tradisi tempatan dari segi seni bina. Besar kemungkinan senibina candi merupakan suatu gabungan dan ubahsuai daripada konsep senibina tempatan. Keadaan ini berlaku kemungkinan disebabkan kemasukan agama Hindu dan Buddha yang membawa bersama aspek senibina menggunakan batu dan bata yang lebih tahan dalam binaan. Selain itu di kawasan candi tidak dijumpai sebarang hiasan ukiran. Ini meyakinkan Lamb bahawa bahan yang digunakan juga terdiri daripada ukiran pada kayu. Justeru itulah kita dapat melihat percampuran dalam aspek senibina pada candi. Malah penemuan banyak serpihan tembikar, manik, gelas; jelas menunjukkan kepentingan Lembah Bujang sebagai pusat perdagangan entreport dan bukan hanya sebagai kawasan ibadat agama Buddha dan Hindu.

3.2.2 Seni Arca, Relikuari dan Inskripsi

Arca merupakan imej atau simbol yang di buat oleh manusia sebagai mewakili dewa untuk disembah. Melalui penemuan candi di Lembah Bujang terdapat penemuan  seni Arca dalam bentuk vahana, sakhti dan dewa arca dan juga arca yang berhubung dengan struktur candi.

            Jumpaan seni arca membuktikan adanya pengaruh Hindu dan Buddha di Lembah Bujang. Sebahagian daripada arca ini di buat atau di bawa oleh pedagang dari selatan India, manakala sebahagiannya pula turut diukir oleh artis tempatan. Justeru ini membuktikan bahawa Lembah Bujang bukan sahaja penting disebabkan jumpaan seni arca yang di bawa dari luar tetapi dapat membantu mengesan kewujudan seni arca yang turut berkembang dalam masyarakat awal ketika itu.

            Relikuari merupakan sejenis bekas yang digunakan untuk meletakkan barang peninggalan orang alim yang biasanya diletakkan pada candi untuk tujuan pemujaan. Relikuari diperbuat daripada batu, tanah liat, dan tembaga. Terdapat beberapa jumpaan menunjukkan pada bahagian tengah relikuari terdapat bekas-bekas tembaga yang turut digunakan untuk menyimpan objek-objek yang diperbuat daripada kepingan emas, perak, dan tembaga.

            Inskripsi turut dijumpai di sekitar kawasan Lembah Bujang misalnya Inskripsi Cherok Tok Kun dan Inskripsi Buddha-Gupta. Inskripsi yang dijumpai didapati menggunakan huruf Pallava, Pallava-Grandha dan Jawa Kuno. Kajian ke atas Insripsi membuktikan bahawa agama Buddha dan Hindu telah sampai di Lembah Bujang sekitar abad ke-4M hingga 9M.

Secara keseluruhannya jumpaan inskripsi ini telah menunjukkan terdapatnya unsur seni memahat dan sedikit kemahiran menulis. Walaupun goresan tulisan dalam bentuk yang mudah tetapi sangat penting melihat masyarakat pada ketika itu telah didedahkan dengan ilmu menulis. Walau bagaimanapun inskripsi-inskripsi ini perlu dibuat kajian yang lebih teliti disebabkan banyak bahagian yang agak sukar difahami hingga sekarang.

4.0 Kesimpulan

Kepentingan Lembah Bujang tidak dapat dinafikan dengan meneliti sumber bertulis yang begitu terhad ataupun sumber arkeologi. Periodisasi protosejarah yang dibuat oleh tokoh-tokoh seperti Quaritch Wales, Wheatley dan Braddell jelas menunjukkan bahawa era sejarahproto bermula sekitar abad ke-4M iaitu selari dengan penulisan sejarahproto di Indonesia. Walaupun sumber bertulis catatan pedagang-pedagang daripada Arab, India dan China dan juga sumber Hikayat lama agak kabur tetapi catatan ini mampu dibuktikan melalui jumpaan arkeologi di sekitar Kedah khususnya di kawasan Lembah Bujang. Pentingnya kawasan Lembah Bujang ini dari sudut sejarah awal Malaysia telah diakui oleh Sir Roland Braddell bahawa “…as will be seen, the sungai Bujang is horistally the most important river in Kedah, though such a small one…Kedah has the rightful and unchallengeable claim to be the most ancient state in the Federation of Malaya [Malaysia].” Jumpaan arkeologi dan catatan oleh para pedagang menunjukkan peranan Lembah Bujang sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara yang menghubungkan China dan India. Wujudnya masyarakat bertamadun terbukti dengan jumpaan artifak arkeologi dan ekofak yang mewakili zaman pra sejarah dan fitur yang mewakili zaman protosejarah di Malaysia. Adalah tidak keterlaluan dikatakan Lembah Bujang sangat penting dalam menghubungkan sejarah zaman awal sekitar abad ke-4M hingga kepada zaman kewujudan Melaka pada tahun 1400. Lembah Bujang berjaya mengisi kekosongan dalam penulisan Sejarah awal Malaysia sebelum bermulanya zaman kesultanan Melaka.  Dengan itu vacuum yang wujud di antara zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan zaman logam dapat dihubungkan terus dengan meneliti sumber bertulis yang begitu terhad dan membandingkannya dengan jumpaan arkeologi tentang kewujudan Lembah Bujang hingga Zaman Melaka.




BIBLIOGRAFI


Munandar, Agus Aris. Dinamika Kebudayaan Indonesia: Suatu Tinjauan Ringkas. Dalam LINGUA, Vol. 3 No. 1, Mac 2004, hlm 1-10.

Braddell, Roland St. J. A study of ancient times in the Malay Peninsula and the Straits of Malacca and Notes on Ancient Items in Malaya. Dalam JMBRAS, 1980.

Devahuti, D. India and Ancient Malaya (From the Earliest Times to Circa AD 1450). Singapore: Eastern University Press, 1965.

Sanday, John. Bujang Valley and Kuala Kedah Fort-Proposals for a Masterplan (didapati daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0007/000785/ 078585eo.pdf ; Internet (diakses pada 06 Oktober 2010)

Kobkua Suwannathat-Pian. “Dialog of two pasts: ‘historical facts’ in traditional Thai and Malay Historiography”. Dalam New Terrains in Southeast Asian Historiography, ed. Abu Talib Ahmad & Liok Ee Tan. Athens: Ohio University Press, 2003.

Lamb, Alastair. “Chandi Bukit Batu Pahat: A Report of the Excavation of an Ancient Temple in Kedah.” Dalam Monographs on Southeast Subjects No. 1. Singapore: Eastern Universities Press Ltd., 1960.

Leong Sau Heng. “Lembah Bujang”. Dalam The Bujang Valley, ed. J. Chandran dan Jazamuddin Baharudin. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia,  1980.

Mohd Supian Sabtu. Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002.

Opat Rattanachot. “Kilang Besi di Temui”. Utusan Malaysia 5 Mac 2009.

Quaritch Wales, H.Q. The Malay Peninsular in Hindu Times. London: Bernard Quaritch Ltd, 1976.

Wheatley, Paul. The Golden Khersonese : Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press, 1960.

Winstedt, R.O. “History of Kedah.” Dalam JMBRAS No. 81, 1920.



Ulasan:

Saya dapati para pengkaji mengaku bahawa Gunung Jerai dahulunya pulau.Soalannya berapa lama sebuah pulau boleh bersambung menjadi daratan?Bagaimana dalam tempoh itu,perdagangan di antara penduduk tempatan dan pedagang India masih mampu diteruskan dalam keadaan sebuah gunung dan pulau bergerak perlahan-lahan menjadi sebahagian dari semenanjung Malaysia?Siapa yang memandai-mandai menterjemah perkataan 'Bujang' kononnya berasal dari kata 'Bhujangga' dari Sanskrit padahal dalam bahasa Melayu memang ada perkataan 'Bujang' iaitu orang yang masih belum berkahwin?

Ada 'something wrong' di sini.

Para pengkaji membuat laporan sambil lewa.

Saya akan terangkan lebih lanjut dalam perbincangan akan datang.

~Srikandi

The Last King Solomon's Mines Part II

 







Mendekodkan apa yang diceritakan di dalam Sulalatus Salatin adalah penting.Petunjuk-petunjuk mesti ditapis sebaik mungkin menggunakan 'cross-reference' dan deduksi data-data serta kemahiran menyusun peristiwa.Kepakaran dari segi penafsiran bahasa dan budaya juga perlu.Kita teruskan pencarian kita






The Last King Solomon's Mines
Part II




Artikel khas ini dibawakan oleh MistisFiles dan Mistis Organization.Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kesan negatif dari pembacaan artikel

ini.Gunakan kebijaksanaan anda untuk menggunakan maklumat.











Persoalan Gelanggi seolah-olah satu teka-teki yang besar.Dalam Sulalatus Salatin,jelas mengatakan bahawa ada sebuah kota yang bernama Gelanggi terletak di Johor.Kita tahu bahawa jika kita mengaitkan 'Siam' dengan bangsa 'Thai' yang umum mendominasi Thailand pada hari ini,maka banyak kekeliruan akan berlaku.

Pertamanya,tidak ada kerajaan Thai,tidak kira dari era Sukhotai sehinggalah Chakri yang tercatat dalam sejarah kerajaannya sampai ke selatan semenanjung.Paling jauh,mereka mencapai Kedah,iaitu semasa pemerintahan Rama III dari dinasti Chakri,Kedah di bawah pengaruh Thai sehingga digazetkan namanya sebagai Saiburi dalam rekod kerajaan.Keduanya,dari segi demografi,orang-orang keturunan Siam tidak umum ditemui sejauh Johor.Mereka umumm boleh ditemui sekitar Perlis,Kedah,Hulu Perak dan Kelantan sahaja.

Jika pada masa dahulu terdapat orang Siam di Johor,ke manakah mereka pada hari ini?Tidak mungkin mereka pupus sepenuhnya.Saya (penulis) berpandangan,sejarah Kota Gelanggi memang wujud,namun tersembunyi di sebalik nama-nama lain dan petunjuk-petunjuk tersirat yang menjadi 'trademark' dalam hikayat-hikayat Melayu.

Salah satu 'something wrong' di sini ialah penggunaan apa yang dinamakan 'bahasa Siam' itu.Perkataan-perkataan yang dikatakan dari bahasa Siam itu sebenarnya BUKAN BAHASA THAI MODEN pada hari ini dan sebenarnya,bahasa Thai pada hari ini adalah bahasa dalam rumpun Tai-Kadai yang berat dengan istilah Sanskrit,Khmer Kuno,Mon dan Melayu Segenting Kra.



Perkataan 'Kwai' dan 'Pengkali' itu bukanlah kata utama yang digunakan secara biasa (common) malahan dalam Sulalatus Salatin yang menyebut 'sungai' dalam bahasa Siam adalah "pangkal' adalah berbeza dengan 'sungai' dalam bahasa Thai iaitu 'Mae'.Kedengaran 'pangkal' itu adalah bahasa Melayu Segenting Kra yang dilabelkan sebagai bahasa Siam oleh Tun Seri Lanang.Saya mengesan satu perkara penting di sini.

DI ERA MELAKA,ORANG MELAYU SEGENTING KRA DICOP SEBAGAI ORANG SIAM.

Ini sangat penting,sebab wilayah Indochina dalam hikayat-hikayat Melayu disebut sebagai 'Siam'.Ini sama seperti wilayah Dai-Viet (Vietnam) digelar 'Kuci' dalam hikayat-hikayat Melayu dan Cempa sebagai kerajaan Champa.Jika kita memahami semua petunjuk ini,kita telah mendekodkan beberapa teka-teki di sini.Kesimpulan dari sini ialah:

1-Bahasa Siam tersebut bukanlah bahasa Thai moden atau Thai Bangkok (Central Thai) yang menjadi standard bahasa di Thailand sekarang.
2-'Siam' yang dimaksudkan ialah Sri Dharmaraja yang menaung 12 negeri-negeri bekas wilayah Srivijaya pada masa lalu.Asalnya Tambralinga sebuah negarakota atau negeri kecil namun mengubah nama kepada Nagara Sri Dharmaraha dengan kata 'Nagara' merujuk kepada wilayah yang luas.
3-Bahasa pemerintah Sri Dharmaraja/Ligor ialah bahasa Melayu Segenting Kra yang ada pengaruh-mempengaruhi kosakata Mon-Khmer.
3a-Penulis dalam zon Kesultanan Melaka menyebut bahasa loghat utara ini sebagai 'Siam' kerana slangnya yang berbeza dengan slang selatan merujuk kepada kedudukannya terletak di Benua Siam.Benua Siam bermaksud seluruh Indochina seperti Benua Keling iaitu zon India selatan.
4-Bahasa mereka tergolong dalam sebutan baku seperti slang Indonesia dan Kedah.Ini slang purba bahasa Melayu manakala slang e pepet dalam sebutan sekarang adalah pengaruh zaman Kesultanan Melaka dan Empayar Johor-Riau.


Ok,sekarang kita sudah tahu bahawa negeri Gelanggi adalah sebuah negeri naungan Sri Dharmaraja dan penduduknya terdiri daripada orang tempatan dan imigran dari utara yang kebanyakannya ialah para askar dan keluarga mereka serta bangsawan yang diletakkan sebagai wakil pemerintah Sri Dharmaraja.

Petunjuk yang lain ialah perkataan 'Hulu Sungai Johor' itu.Ini penting sebab menunjukkan lokasi.Jadi sebarang pencarian mestilah di sekitar 'Hulu Sungai Johor'.Saya berpendapat ini menunjukkan arah ke utara Johor bukan ke selatan.Mungkin lokasi sebenar kota ini terletak berdekatan dengan Pahang.Perlu diingatkan bahawa sempadan negeri Pahang-Johor pada hari ini dibuat ketika zaman British.Jadi sempadan Pahang sebenarnya besar sementelah pemerintahnya bergelar Maharaja (Maharaja Dewa Sura).Dahulu negeri Johor hanyalah sekitar Johor Lama dan berdekatan dengan Melaka.





Lokasi Gelanggi dan sejarah tentangnya dikompilasikan Tun Seri Lanang dari sekumpulan manuskrip Melayu.Saya percaya,sebahagiannya masih tersimpan di luar negara. Sebahagian lagi masih tersimpan di Arkib Negara dan Perpustakaan Negara Malaysia yang masih belum diterjemahkan ke bahasa Melayu moden.

Jika kita lihat lokasi peperangan Raja Chulan dan Raja Suran,ada disebutkan Sungai Pangkali,di mana nama sungai paling hampir di Johor adalah Sungai Pengeli. Dengan petunjuk ini,boleh dijadikan petunjuk awal bahawa mereka bertemu di sekitar sungai ini. Saya berpandangan bahawa Sri Dharmaraja tiba dari arah Pahang (Hulu Sungai Johor) dan bertemu dengan Raja Suran di sini.

Persoalannya adalah 'timeline'.

Kriteria bagi Siam dan Sri Dharmaraja adalah 99% tepat.

Masalahnya,siapakah sebenarnya Raja Suran?

Kita akan sambung pada perbincangan akan datang...


~Srikandi

Tuesday 14 January 2014

Artikel khas: The Last King Solomon's Mines Part 1



Sejarah Malay city-states (negarakota Melayu) sangat mengasyikkan.Menghayati riwayatnya bagaikan terbang ke alam negeri Antah Berantah dan pengembaraan Awang Selampit.Putera-puteri raja...kota-kota yang disaliri air sungai dan taman-taman serta emas dan perbendaharaan permata yang banyak...sering kita baca dalam hikayat-hikayat dongeng di sekolah namun hakikatnya semua itu dicatat oleh para pengembara Arab,Parsi dan catatan imperial China.

Saya akan cuba membawa anda memahami sejarah negarakota-negarakota Melayu ini ataupun negeri-negeri Melayu Purba dengan membawa anda menyelami salah satu negarakota Melayu,malah yang istimewanya,negarakota ini adalah 'the lost civilization' paling mendebarkan dewasa ini.

Saya akan bawa anda ke hutan rimba paling kejam di semenanjung Malaysia.Saya akan carikan di mana bunga serai dan lalang berdiri bagaikan gerbang istana.Saya akan bukakan 'portal' nya.Mari,ikut langkah kaki Srikandi untuk mencari...



The Last King Solomon's Mines

Part I






 Artikel khas ini dibawakan oleh MistisFiles dan Mistis Organization.Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kesan negatif dari pembacaan artikel ini.Gunakan kebijaksanaan anda untuk menggunakan maklumat.
 






Sejarah bangsa Melayu harus dinilai dari perspektif yang luas,bukan sempit dan jumud.Ramai melihat orang Melayu dan sejarahnya melalui pelbagai medium sempit yang tidak sepatutnya,seperti melihatnya melalui perspektif politik dan perkauman.Ramai orang menganggap bangsa Melayu adalah berasal dari Yunnan di China ataupun dari Borneo atau dari percampuran pelbagai kaum,ini semua adalah pendapat yang tidak didasari dengan nilai akademik yang sepatutnya.

Seperti juga dalam melihat isu Kota Gelanggi,ramai yang mempolitikkan isu ini sehingga rahsia yang terpendam hilang begitu sahaja.Ini yang menghairankan penulis (Srikandi) apabila sejarah negara kita dikendalikan oleh mereka yang buta sejarah dan bertindak seperti badut sarkas.

Kota Gelanggi disebut dalam satu sumber iaitu Sulalatus Salatin yang disusun oleh Tun Seri Lanang (TSL) ketika era Empayar Johor-Riau selepas kejatuhan Melaka.Saya petik dalam edisi Shallebear:

Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu.Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam,ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya.(W.G.Shellabear:1975:10)

 
Dari sini kita boleh simpulkan beberapa perkara:

1) Tun Seri Lanang menyebutkan mula-mula dengan nama 'Ganggayu'.
2) Negeri yang besar.
3) Kota atau pusat bandarnya atau ibukotanya (capital) diperbuat dari batu hitam.
4) Kota tersebut terletak di hulu sungai Johor
5) Tun Seri Lanang mendakwa,nama asalnya ialah Klang Kio
6) Klang Kio adalah bahasa Siam,maknanya 'perbendaharaan permata'
7) Tun Seri Lanang mendakwa 'Ganggayu' adalah pelat (cognate) kepada 'Klang Kio'
8) Nama raja Ganggayu ketika itu (ketika serangan Raja Suran) adalah Raja Chulan
9) Raja Chulan adalah raja besar di mana raja-raja di sebelah Asia Tenggara (bawah angin) di bawah takluknya




hiasan-Mangalaratha,Kemboja

 Pertama,kita mesti menyelami iklim politik di Asia Tenggara ketika era Melaka,sejak kita mengandaikan bahawa manuskrip yang disusun oleh TSL juga berasal dari era Melaka.

Selepas empayar Srivijaya berpecah,perlahan-lahan seluruh semenanjung di bawah pengaruh sebuah negarakota Melayu di Segenting Kra,iaitu Tambralinga.Selepas menakluk semenanjung,ia bertukar menjadi Nagara Sri Dharmaraja dengan panggilan tempatannya negeri Ligor.'Sri Dharmaraja' ialah nama gelaran kepada rajanya yang kuat iaitu Chandrabhanu.Nama penuhnya Chandrabhanu Sri Dharmaraja.

Orang Melayu utara atau di sebelah Segenting Kra selalu didiskriminasikan oleh orang Melayu Melaka sebagai 'orang Siam' kerana percampuran budaya,geografi dan sejarah mereka dengan bangsa Khmer,Thai,Mon dan Burma.'Siam' bukanlah nama bangsa,tetapi sebuah nama negeri purba di Indochina ketika era Funan dahulu.Dalam riwayat Khmer merekodkan tentang sebuah wilayah bernama Siam Kut dan penduduknya memakai kain sarung dan melilitkan kain di kepala.Saya membayangkan budaya mereka ini mirip budaya orang Melayu Kelantan di Malaysia pada hari ini di kampung-kampung.Malahan di Battambang,masih ada budaya wau bulan yang memang serupa dengan wau bulan negeri Kelantan!

Dalam Riwayat Sri Dharmaraja berserta Riwayat Phra Dhatu Nakorn,ada menyebutkan bahawa Maharaja memerintah 12 buah negeri:


๑.       เมืองสายบุรี ปีชวด ถือ ตราหนู

๒.     เมืองปัตตานี ปีฉลู ถือ ตราวัว

๓.      เมืองกะลันตัน ปีขาล ถือ ตราเสือ

๔.      เมืองปะหัง ปีเถาะ ถือ ตรากระต่าย

๕.      เมืองไทรบุรี ปีมะโรง ถือ ตรางูใหญ่

๖.       เมืองพัทลุง ปีมะเส็ง ถือ ตรางูเล็ก

๗.      เมืองตรัง ปีมะเมีย ถือ ตราม้า

๘.      เมืองชุมพร ปีมะแม ถือ ตราแพะ

๙.       เมืองไชย (เมืองบันไทยสมอ) ปีวอก ถือ ตราลิง

๑๐.   เมืองท่าทอง (เมืองสะอุเลา) ปีระกา ถือ ตราไก่

๑๑.   เมืองตะกั่วป่า – ถลาง ปีจอ ถือ ตราสุนัข

๑๒.เมืองกระบุรี ปีกุน ถือ ตราสุกร



 Maksudnya:

1. Negeri Saiburi (Narathiwat) membawa lambang Chut (Tikus)
2. Negeri Patani  membawa lambang Chelu (Lembu)
3. Negeri Kelantan  membawa lambang Khan (Harimau)
4. Negeri Pahang  membawa lambang Thauh (Arnab)
5. Negeri Sraiburi (Kedah)  membawa lambang Merong (Ular Besar/Naga)
6. Negeri Phattalung (Bedelong)  membawa lambang Mahleng (Ular Kecil)
7. Negeri Trang  membawa lambang Mahmia (Kuda)
8. Negeri Chumpon  membawa lambang Mameh (Kambing)
9. Negeri Jaya (Krabi) membawa lambang Wouk (Beruk)
10.Negeri Thaa Thong (Kanchanadit) membawa lambang tahun Raka (Ayam)
11.Negeri Takuapa-Thalang (Phuket)  membawa lambang Cho (Anjing)
12.Negeri Kraburi  membawa lambang Kun (Kura-kura)



 


Di sana terdapat sebuah negarakota di Pahang,kita andaikan ia adalah petunjuk kepada Gelanggi kerana di Pahang terdapat Gua Gelanggi.Satu lagi,jika Pahang pernah bernaung di bawah Sri Dharmaraja/Ligor,pasti terdapat kotanya dan ini dapat dibuktikan dalam Sulatus Salatin,bab yang menceritakan serangan Melaka ke atas Pahang di mana raja yang memerintah ketika itu adalah bergelar Maharaja Dewasura.

"....adapun dahulukala negeri Pahang itu negeri besar, takluk ke Benua Siam, Maharaja Dewa Sura, nama rajanya, keluarga juga pada Raja Siam yang bergelar Paduka Bubunya"

-Sulalatus Salatin

Paduka Bubunya adalah gelaran penulis-penulis Melaka ketika itu kepada raja-raja Ligor/Sri Dharmaraja.Dalam Sulalatus Salatin,dinyatakan raja Pahang yang takluk kepada Sri Dharmaraja juga punya kaitan keluarga.Anehnya ketika Melaka berperang dengan Pahang,rakyatnya digelar 'orang Pahang' sepertimana 'orang Melaka'.

"...Telah beberapa hari di jalan,sampailah ke Pahang.Maka orang Melaka berperanglah dengan orang Pahang,terlalulah ramai..."

Ini menunjukkan,rakyat Pahang adalah orang Melayu biasa sepertimana orang Melaka,manakala Maharaja Dewasura bukan berasal dari Pahang malah dari Ligor.Ini kita tahu setelah diberitahu dalam Sulalatus Salatin bahawa beliau mempunyai hubungan keluarga dengan Raja Siam.Maharaja Dewa Sura juga pandai berbahasa Siam malah bahasanya adalah perkataan Thai hari ini.

"...Maka katanya kepada segala orang yang bergalah itu.."Kwai,kwai.." ertinya perlahan-lahan..."

Dalam bahasa Thai,'Koi koi' bermaksud 'slowly' atau perlahan-lahan dan ini
memang menakjubkan betapa dalam Sulalatus Salatin mencatatkan Maharaja Dewa Sura dan kerajaan Melayu Ligor sudah menerima pengaruh Ayutthaya ketika era Melaka.Begitupun,kemungkinan besar orang-orangnya yang setia atau para pengawalnya adalah dari bangsa Thai yang diambil bekerja dari Ligor.

Jadi kita boleh membuat kesimpulan bahawa:

1. Negeri Pahang memang pernah di bawah takluk Sri Dharmaraja atau Ligor.Ini dibuktikan dalam 3 manuskrip:

*Riwayat Sri Dharmaraja
*Riwayat Phra Dhatu Nakorn
*Sulalatus Salatin

2. Maharaja Dewa Sura,pemerintah Pahang (wakil Sri Dharmaraja) berketurunan Melayu Segenting Kra.

3. Maharaja Dewa Sura fasih berbahasa Thai/Siam (Dambro/Pak Thai).

Persoalan sekarang,mengapa Tun Seri Lanang mengaitkan Ganggayu/Gelanggi dengan 'Siam' dan meletakkannya ke Johor padahal kedudukan geografi Johor jauh ke selatan?Mengapa orang yang berperang dengan Melaka tidak dipanggil 'rakyat Siam' sebab seluruh Pahang di bawah 'Siam' yakni Melayu Ligor?

Terdapat rahsia dan 'something wrong' di sini.

Saya akan dedahkan dalam artikel akan datang.


 


~Srikandi

SJJS: Acropolis,Athens




Kita akan bergerak ke Athens di Greek.Dalam hikayat-hikayat Melayu,Greek (Greece) dipanggil sebagai Yunani,berasal dari kata 'Ionia' iaitu satu wilayah Greek Kuno yang kini terletak di dalam Turki.Bangsa Greek antara yang terawal menubuhkan konsep negarakota (city-states) dan dari konsep ini wujudnya apa yang dinamakan struktur politik yang menjurus kepada republik dan demokrasi.

Okay,Srikandi akan bawa anda semua ke bekas runtuhan di atas bukit.Ia dinamakan Acropolis.Acropolis secara istilah ialah penempatan yang dikelilingi tembok tinggi dan biasanya terletak di atas bukit.Acropolis terletak di Anthens,iaitu salah satu negarakota Greek yang terkenal.Acropolis terletak di atas sebuah bukit dan dilindungi tembok tinggi (citadel).

Apakah Acropolis sebenarnya?Mari ikut Srikandi.

 
 Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m,dan ada beberapa runtuhan bangunan purba yang merupakan kuil-kuil Greek.Acropolis mula dibina pada 1300 tahun Sebelum Masehi.Acropolis sempat menikmati zaman kegemilangannya sehingga Empayar Achaemenid Parsi menghancurkannya pada tahun 480 SM. Setahun kemudian tentara Greek mengalahkan Parsi dan membina semula kuil-kuil itu.Antara tahun 467 sehingga 404 SM, bangunan tersebut selesai dibina.

Acropolis terdiri daripada bangunan-bangunan yang kebanyakannya ialah kuil-kuil penyembahan kepada dewa-dewi Greek.Yang paling terkenal adalah Parthenon.Srikandi 'highlight'kan beberapa darinya:

 1. Parthenon

 

Parthenon adalah sebuah kuil di Acropolis Athens, Greece,khusus untuk Dewi Athena,dimana rakyat Athens menganggapnya dewa penaung mereka.Pembinaannya bermula pada 447 SM apabila negarakota Athens adalah pada kemuncak kuasanya.Ia siap dibina pada 438 SM,walaupun kerja-kerja hiasan bangunan itu berterusan sehingga 432 SM.Ia adalah bangunan yang masih hidup yang paling penting merujuk kepada era klasik Greek.Seni ukir di dalam bangunan ini menunjukkan tahap ketinggian senibina Greek yang cemerlang.



Dalam Hikayat Merong Mahawangsa,tentera 'Rom' telah datang ke Kedah untuk berbincang dengan Merong bagi tugas-tugas tertentu untuk perkahwinan antara putera 'Rom' dan puteri Cina.Tentera 'Rom' ini kemungkinan besar adalah tentera Greek yang datang ke sini dengan menumpang kapal Melayu atau 'Possu' dalam bahasa China Kuno,merujuk kepada kapal-kapal Melayu yang tahan lasak.Tentera Greek/Yunani inilah yang membina Candi Lembah Bujang,di mana layout dan pelan tapaknya menyerupai pelan Parthenon.

2. Kuil Lama Athena



  
Merupakan kuil kuno yang terletak di Acropolis Athens Sehingga kemusnahan oleh orang Parsi dalam kempen peperangan mereka dengan musuh tradisi Greek, ia berfungsi sebagai kuil Athena Polias,dewa penaung kota Athens.Ia terletak di tengah-tengah dataran Acropolis,dipercayai dibangunkan di atas tinggalan istana Mycenaean.Relik penting dalam kuil ini ialah patung kayu Athena,kononnya terjatuh dari langit, yang telah dimusnahkan oleh tentera Parsi pada tahun 480 SM.

3. Erechtheion




Kuil Yunani purba di sebelah utara Acropolis Athens di Greek yang didedikasikan kepada dewa-dewi Athena dan Poseidon.

Seluruh kuil dibina di atas cerun, jadi di sebelah barat dan utaranya ialah kira-kira 3 m (9 kaki) lebih rendah daripada di selatan dan timur kuil ini.Ia dibina sepenuhnya daripada marmar dari Gunung Pentelikon,dengan friezes (satu seni hiasan Doric Greek purba) batu kapur hitam dari Eleusis yang mengandungi ukiran yang ditempa di atas marmar putih.Ia penuh ukiran pintu dan tingkap,dan tiang-tiang yang telah dihiasi dengan indah serta dicat rapi.Ia berlapis emas dan ditonjolkan dengan gangsa sepuhan dan berwarna-warni manik dan kaca sisipan.Mewahkan mereka menghias kuil ini?

Mungkin dekorasi yang paling terkenal dari kuil ini ialah sekumpulan patung wanita Greek yang bertindak sebagai tiang menyokong binaan atap kuil:

 


Kreatifkan?


4. Propylaea

 
  
Merupakan pintu gerbang atau pintu masuk ke Acropolis.

Berfungsi sebagai pintu masuk monumental ke Acropolis,Propylaea dibina di bawah arahan umum pemimpin Athens Pericles,tetapi Phidias telah diberi tanggungjawab untuk merancang pembinaan semula Acropolis secara keseluruhan pada akhir Perang Parsi.Menurut Plutarch, Propylaea direka oleh arkitek Mnesicles, Pembinaan bermula pada 437 SM dan telah ditamatkan pada 432,namun bangunan itu masih belumdisiapkan sepenuhnya.




Gerbang Bradenburg di Berlin dan Propylaea di Munich adalah contoh binaan yang ditiru dari Propylaea.

5. Kuil Anthena Nike

 

 Merupakan sebuah kuil di Acropolis Athens.Dibina antara 427 dan 424 SM,kuil ini adalah kuil yang paling awal dengan gaya Ionik sepenuhnya di Acropolis.Ia mempunyai kedudukan yang tinggi pada kubu curam di sudut selatan barat Acropolis di sebelah kanan pintu masuk,Propylaea. 

Secara kontrasnya,Acropolis dimasuki melalui Propylaea,manakala Kuil Athena Nike ini pula dalam posisi terbuka,di mana pengunjung boleh masuk dari barat daya sayap Propylaea dan dari tangga kecil di utara. Terdapat dinding semata-mata kubu yang dilindungi di utara, barat, dan selatan oleh dinding 'jambatan Nike' dinamakan sempena para penyembah Dewi Athena Nike yang meraikan kemenangan dan pengorbanan bagi dewi sembahan mereka,Athena Nike.

******@@@*******

Ok,mari kita fikir...bagaimana orang zaman dahulu boleh membina bangunan-bangunan di atas bukit yang tinggi.Bayangkan betapa susahnya mereka mengangkut batu-batu yang berat dan menyusunnya di atas bukit.Berapa ramai pekerja?Apa teknologi yang dipakai.Semestinya ia mengambil masa yang lama dan kesabaran yang tinggi.

Ok...Srikandi nak rehat jap kat Parthenon.Korang semua bolehlah bersiar-siar di sekitar Acropolis ni.Jangan sesat sudah.




  

~cikgulawa

SJJS: Persepolis,Iran




Bangun!!!!!!

Sekarang Srikandi nak bawa anda semua ke sebuah peninggalan kota sebuah empayar yang agung yang pernah tegak dalam sejarah dunia.

Empayar Parsi Achaemenid.

Empayar Achaemenid diasaskan oleh Cyrus The Great pada abad ke-6 Sebelum Masehi.Cyrus The Great telah menakluk 3 empayar sebelum menggabungkannya ke dalam empayarnya sendiri iaitu Empayar Media (Madyan),Empayar Lydia dan Empayar Neo-Babylonian (Babilon Baru).

Okay ...jom kita ke sana.Destinasi kita ialah Iran dalam wilayah Fars.








PERSEPOLIS

-Enter 
 The Gate of All Nation




Persepolis ni keluasan dia lebih kurang 120,000 meter persegi yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman dan istana.Ia juga terdiri dari tembok-tembok tinggi dan gerbang-gerbang.Persepolis ini ialah ibukota empayar Parsi sejak Cyrus The Great namun para ahli arkeologi dan sejarahwan berpendapat Darius I bertanggungjawab membina istana-istana dan dataran..Masa tu ialah dinasti Achaemenid.Ingat ada dua dinasti empayar yang agung dalam sejarah Iran,pertama Achaemenid ini dan yang kedua Sassanid.Dalam dinasti Sassanid inilah lahirnya emperor Nursyirwan Adil atau Khosrau I yang keturunannya berkahwiin dengan kerabat raja-raja Melayu.Okay..abang-abang..kakak..kakak..adik-adik..terdapat beberapa mercutanda (landmark) di sini...jom ikut Srikandi:



 The Gate of All Nation


Ini antara tempat bersejarah yang arsem di sini.

The Gate of All Nation (Gerbang Semua Bangsa), bermaksud gerbang kepada semua wilayah taklukan Empayar Parsi ketika itu.Ia tegak di atas balai agung berukuran panjang 25 meter, dengan empat tiang besar di pintu masuknya di dinding sebelah barat.Terdapat dua pintu lain, satu menghadap ke selatan menuju ke arah dataran Apadana, yang satunya lagi membuka ke arah jalan panjang ke timur.Menariknya,ditemukan lubang engsel ini bermakna ia mempunyai daun pintu yang besar! Lubang engsel ditemukan di sudut dalam setiap pintu menunjukkan bahwa pintu besar ini terdiri atas dua daun pintu, mungkin terbuat dari kayu, dan dilapisi lembaran logam berukir.Boleh tengok nanti dalam 300:The Rise of The Empire,ada satu adegan para pekerja istana menolak daun pintu yang amat besar dalam istana Xerxes (dalam cerita tu).Lebih kurang macam tu la.

Lamassu

Sepasang patung Lamassu berkepala lelaki berjanggut,berdiri di sebelah barat.Sepasang lainnya memiliki sayap berkepala khas (Gopät-Shäh), berdiri di gerbang timur, kesemuanya melambangkan kekuasaan empayar Parsi.

Istana Apadana

Istana ini dibina oleh Darius I (Darius The Great).Emperor Parsi menggunakannya sebagai balairungseri. Pembinaan bermula pada tahun 515 SM.Kemudian,anaknya Xerxes I, menyempurnakannya 30 tahun kemudian. Istana ini memiliki balai agung berbentuk bujur sangkar, setiap sisinya berukuran panjang 60 meter dengan 72 tiang besar, 30 diantaranya masih tegak berdiri. Setiap tiang besar ini setinggi 19 meter.Tiang ini menopang atap yang luas dan sangat berat. Puncak tiang dihiasi patung batu haiwan, seperti lembu berkepala dua, singa,atau rajawali. Tiang ini terhubung oleh batang penyangga datar dari kayu oak atau kayu cedar Lebanon. Dindingnya dilapisi lumpur dan plaster setebal 5 cm, sebagai perekat, kemudian dilapisi plaster hijau. Di sisi barat, utara, dan timur istana terdapat beranda persegi yang memiliki 12 tiang tersusun dalam dua baris masing-masing enam tiang. Di sisi selatan balairung terdapat serangkaian ruangan sebagai tempat penyimpanan. Dua tangga bergaya Persepolis dibangun secara simetri terhubung dengan asas batu. Untuk melindungi atap dari hakisan, bekas air berserenjang dibangun melewati tembok bata. Di keempat sudut Apadana, dibangunlah empat menara yang menjulur ke luar.

Dinding dilapisi jubin dan dihiasi gambar singa, lembu, dan bunga. Darius memerintahkan namanya dan perincian gelaran diraja ditulis dengan lempeng emas dan perak, yang ditempatkan dalam peti batu dan ditanam di keempat sudut istana. Tangga simetri bergaya Persepolis dibangun di sisi utara dan timur untuk mengatasi perbezaan ketinggian. Dua tangga lainnya berdiri di tengah bangunan. Tampilan luar istana diukir dengan gambar Immortal, pasukan elit pengawal Raja. Tangga utara diselesaikan pada masa pemerintahan Darius.

Srikandi tak dapat nak bayangkan betapa megahnya istana Apadana ini semasa kewujudannya.Sayangnya,tentera Alexander The Great telah membakarnya ketika Persepolis jatuh ke tangan mereka.


Dewan Takhta (The Throne Hall)



Gambar yang paling atas dalam artikel inilah The Throne Hall itu.Sebuah dewan utama yang terkenal di Persepolis.Ia sebahagian dari Istana Apadana

Terletak di sebelah Apadana, bangunan kedua terbesar dari induk utama istana adalah Dewan Takhta atau Dewan Kehormatan Para Perwira (juga disebut "Istana Bertiang Seratus"). Bangunan berukuran 70x70 meter persegi dibangun oleh Xerxes I dan diselesaikan oleh puteranya, Artaxerxes I pada akhir abad ke-5 SM. Kelapan-lapan gerbang batunya dihiasi bas-relief. Pada sisi utara dan selatan menggambarkan suasana takhta, dan pada sisi timur dan barat dengan adegan Raja memerangi raksasa. Dua patung lembu raksasa mengapit laluan utara. Kepala salah satu patung lembu ini kini disimpan di Oriental Institute di Chicago.

 Ini antara bas-relief yang paling Srikandi terkesan.."Singa Menggigit Lembu".Ia melambangkan sesuatu yang misteri dan artistik,di sebalik rasa kasihan kepada lembu itu dan sikap kegagahan singa.
Oklah...Srikandi nak berehat-rehat di Istana Apadana ni.Awak semua pergilah jalan-jalan pusing-pusing satu Persepolis ni.Nanti jumpa balik Srikandi kat bas-relief askar Media dan Parsi ya!Srikandi nak berangan jadi puteri kepada seluruh Aryavarta (India),Babylon,Sumer & Akkad,Media dan Parsi.
~Srikandi
Cikgu Lawatan Sejarah

SJJS:Petra,Jordan

Petra adalah sebuah tapak arkeologi dan sebuah bandar kuno yang terletak di Ma'an,selatan Jordan.Ok...abang-abang,akak-akak,adik-adik...siapa yang bina dan menduduki Petra semasa era kegemilangannya?

Orang Rom?Salah.Yunani Greek?Salah.

Srikandi bagitau.Yang bina Petra ialah satu suku Arab Purba yang sudah pupus hari ini iaitu kaum Nabatean atau Al-Anbat dalam Bahasa Arab.Bahasa mereka adalah campuran Aramaik dan Arab.Aramaik dan Arab ni bahasanya macam Melayu dengan Mendeleng lah...satu rumpun dan serasi antara satu sama lain.Maknanya orang Aramaik ni boleh faham kehendak orang yang berbahasa Arab.Macam Srikandi...Srikandi boleh faham apa yang nak dimaksudkan oleh embah Jawa kat kampung sebab perkataan-perkataan Jawa dan lenggoknya serumpun dengan bahasa Melayu.

Jom,ikut Srikandi!

 

Jalan la cepat sikit!Nak tau kenapa bandar purba ini tersembunyi sejak beratus-ratus tahun dari pengetahuan dunia?Inilah sebabnya.Bandar ini tersembunyi di sebalik bukit-bukit batu dan pasir merah yang mengasyikkan.

Ok...sekarang kita sampai ke satu struktur yang paling popular di Petra.Inilah dia Al-Khazneh atau Perbendaharaan (The Treasurer).Asalnya digunakan sebagai makam,kemudian pernah dijadikan tempat penyimpanan.Legenda mengatakan sekumpulan perompak atau lanun telah menjadikan tempat ini sebagai gudang persembunyian harta rompakan mereka,dan sudah tentu dari legenda ini nama Al-Khazneh (Perbendaharaan) diberi.



 Jom jalan-jalan lagi....selain Al-Khazneh,kebanyakan 'rumah-rumah' penduduk ditebuk pada dinding-dinding bukit.Ini mengingatkan kita pada kaum Tsamud dalam Al-Quran yang mahir menebuk bukit-bukit untuk dijadikan tempat tinggal.

Ramai pengkaji berpendapat kaum Nabatean ini kemungkinan besar adalah kaum Tsamud atau warisan dari kaum Tsamud yang ditimpa bala bencana akibat kekufuran mereka.

Senibina Nabatean ini menyerupai pula senibina di Madain Saleh iaitu satu lagi penempatan purba yang terletak di barat laut Arab Saudi.Dikatakan kaum Lihyan iaitu satu lagi suku Arab Purba yang bersekutu dengan kaum Nabatean ini yang membina penempatan di Madain Saleh.

Madain Saleh

Kaum yang membina Madain Saleh ini juga didakwa oleh ramai pengkaji bahawa menepati ciri-ciri kaum Tsamud.Jadi jika dalam AlQuran ada menceritakan satu kaum yang pandai menebuk bukit-bukau untuk dijadikan penempatan,maka kita sudah ada banyak bukti bahawa trend menebuk bukit ini memang ada pada orang-orang di sekitar Arab.AlQuran adalah benar dan menceritakan SEJARAH SEBENAR.




Petra mula dikenali oleh masyarakat Barat setelah diwar-warkan oleh pengembara Sweden,Johann Ludwig Burckhardt.Petra mula menjadi terkenal di kalangan 'Indiana Jones' iaitu para pengembara dan pengkaji Eropah dan Petra dianggap kota yang hilang (The Lost City) kerana terletak di celah-celah gunung dan tersembunyi padahal bagi masyarakat Arab sekeliling,kota itu tidaklah begitu asing cuma mereka jarang ke situ kerana terpengaruh dengan mitos ataupun kedudukannya yang tersorok dikhuatiri menjadi tempat bersembunyi orang-orang jahat.Sebahagian kota juga tertimbus,seperti The Great Temple of Petra.Namun semasa tinggal sekitar 2 tahun di negara-negara Arab,Burckhardt telah mendengar pelbagai sumber,sama ada dari cerita-cerita hikayat,catatan pengembara sehingga kepada sumber-sumber bertulis mengenai 'kota kaum Arab purba' yang hilang.Ketika itu,pandangan masyarakat Barat tentang orang Arab adalah seperti era Jahiliah dahulu,iaitu kaum yang tidak punya apa-apa,sementelah telah beratus tahun keruntuhan empayar-empayar Islam di bawah pentadbiran raja-raja Arab serta kekhalifahan telah berpindah kepada bangsa Turki.Jika bukan sebab sejarah Islam,orang Arab tidak punya apa-apa catatan tamadun agung sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.Ramai tertawa dan mengejek apabila diceritakan tentang kaum Arab purba yang memahat kota di gunung-gunung batu.Namun Burckhardt tidak mempedulikan semua itu,apabila percaya sumber-sumber berita tentang kota itu adalah benar.

Selama tinggal di Syria,Burckhardt mengunjungi Palmyra,Damsyik,Lebanon dan membuat beberapa perjalanan kembara lainnya di wilayah tersebut.Salah satu perjalanan,di Jordan sekarang,dia akhirnya berjaya menemui kompleks peninggalan yang menakjubkan;Al Khazneh di Petra yang tidak ditemui selama lebih 1000 tahun.Penemuan ini kemudiannya telah berjaya mendedahkan sejarah kaum Arab purba itu;yang dipanggil Nabatean.Kaum ini adalah Arab asli dan mereka juga menyembah tiga Tuhan Arab Jahiliah yang popular Al-Lata,Al-Manat dan Al-Uzza.Ini telah mengubah pandangan ahli sejarah tentang bangsa Arab.Selepas kejatuhan Nabatean ke tangan Rom pada tahun 106 masehi,orang Arab telah jatuh ketamaduannya.Kaum Nabatean juga telah pupus perlahan-lahan apabila mula memeluk agama Kristian dan menukar bahasa dan tulisan mereka kepada tulisan Greek dan berbahasa Latin Rom.




Okaylah...Srikandi dah letih ni...Srikandi nak singgah jap dekat orang Arab sana tu yang jual botol-botol pasir pelbagai warna.Jom tengok...canteekkknyerrr.....nak ahhh.

Besok kita terbang ke Iran pulak ek.








~Srikandi
"Berkhidmat Untuk Negara"
Cikgu Lawatan Sambil Belajar

SJJS:Berkumpul di Muzium Negara

Salam semua!

Sebelum kita mengembara ke serata dunia,saya ingin bertanya kepada anda semua apakah kepentingan tempat-tempat bersejarah?

Kepentingan tempat-tempat bersejarah ialah sebagai salah satu bentuk pelajaran bagi generasi yang terkemudian supaya menghayati apa yang terjadi pada masa silam.Sebab itu dalam AlQuran,Allah swt ada berfirman bahawa Dia mengekalkan mayat Firaun supaya dapat menjadi pelajaran bagi kita umat sekarang.Izinkan Srikandi memetik mafhum ayat AlQuran yang mulia ini iaitu dalam Surah Yunus ayat ke 92:





"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."


Nah!Sekarang bila kita melawati tempat-tempat bersejarah,kita kenalah mengambil pelajaran dari sejarah tempat tersebut dan latarbelakangnya,bagaimana kehidupan orang-orang dahulu...apa yang positif...apa yang negatif,dari situ fikiran kita akan bergerak disamping emosi dan fizikal kita menjadi sihat kerana kita sebenarnya sedang beriadah.Takdelah terperangkap dengan kerja...kerja...kerja.Hei..tuan-tuan dan puan-puan semua...kita bukan jadi hamba kerja tau!Kita ada hak untuk pergi melancong dan jalan-jalan.

Saya tau kerja tu pun satu ibadah juga kerana kita niat cari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga kita namun diri kita pun ada hak juga.Jadi,ambil masa untuk rileks macam sekarang mengikuti program Srikandi ni.

Sebab itu Srikandi ajak anda semua supaya kita buat lawatan sambil belajar ni.Sekarang kita kat mana ni?

Sekarang kita di Muzium Negara,Kuala Lumpur.Bagi orang yang sensitif dengan seni macam Srikandi ni,sebelum masuk muzium lagi Srikandi dah terkesan dengan senibina Muzium Negara.Jika anda semua lihat senibina Muzium Negara ni,ia berbentuk rumah tradisional Melayu dengan campuran senibina Terengganu dan Riau.

rumah tradisional Terengganu


Bentuk bumbung berlapis pada Muzium Negara itu adalah satu motif yang biasa pada bentuk senibina rumah tradisional Melayu Terengganu manakala bentuk tanduk pada hujung bumbung tu adalah dari senibina rumah Melayu Riau.



rumah tradisional Riau

Menarikkan?Belum lagi kalau kita tengok bentuk rumah tradisional Melayu di Perak,Melaka atau Kedah sebagai contoh,ataupun rumah Melayu belah-belah Siam sana.Rumah tradisional Patani dan Singora sebagai contoh.

Kita kena belajar sejarah betul-betul supaya orang tak rompak sejarah kita macam Thailand merompak habis-habisan senibina dan sejarah Kemboja.Ini masalah sebab orang Thai dan Khmer bukan serumpun dari segi bahasa dan ras.

Tapi ini beza dengan orang Melayu dan rumpunnya dalam nusantara.Macam masalah rendang yang dikatakan makanan asal orang Minang.Padahal orang Minang tu subbangsa dalam Melayu.Senang cerita satu suku dalam bangsa Melayu.Siapa bantah saya?Kalau ada orang Minang Indonesia sini pasti akan menggelupur marah pada saya padahal itu kenyataanya.Bahasa pun sama cuma slang jer yang beza.

Nah saya bagitau bukti paling jelas bahawa raja agung orang-orang Minang adalah dari keturunan Melayu.Kerajaan Pagar Ruyung yang dibangga-banggakan orang Minang itu diasaskan oleh Adityavarman,anak raja Kerajaan Dharmasraya,iaitu pewaris Empayar Srivijaya di Sumatera.Raja orang Minang pun orang Melayu makanya segala adat budaya Minang adalah berasal dari Melayu sebab kebiasaan segala identiti sesuatu bangsa diset oleh kerajaannya.

Bila saya bentangkan hujah macam ni depan orang-orang Minang Indonesia,mereka semua tercengang dan mula merepek-repek dengan mengatakan bahawa mereka ini keturunan Malayu bukan Melayu.Padahal Malayu dan Melayu sama lah.Huhuhu....gitu pulak.Tadi mengaku 'bangsa Minang'...lepas tau sejarah sendiri 'spin' pulak,mengaku 'bangsa Ma-la-yu' bukan 'Me-la-yu' padahal ejaan 'Me-la-yu' itu adalah slang Johor-Riau.Inilah akibatnya apabila buta sejarah.Jadi meracau-racau macam kena rasuk hantu.Boleh bertukar dan bersalin kulit dari bangsa itu ke bangsa ini macam sesumpah.Takde pendirian.

Oklah...kita masuk dalam Muzium dahulu...lepas ni kita terbang ke Jordan.Kita melawat satu bandar yang dibina oleh satu suku Arab Purba.Bandar yang digelar,Kota Mawar Merah...